Terdapat 10 berita berdasarkan kata kunci carian " pameran halal"

Eksport Malaysia Naik 31.2 Peratus Tahun Ke Tahun Kepada RM1.36 Trilion Bagi Januari-Ogos 2026 -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Eksport Malaysia melonjak 31.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.356 trilion bagi tempoh Januari-Ogos 2026 daripada RM1.033 trilion bagi tempoh yang sama pada 2025.

MATRADE Perkenal WiEX, Perkasa Penglibatan Wanita Dalam MIHAS 2026

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Seramai 80 usahawan wanita termasuk 20 dari luar negara akan membuka reruai di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2026) menerusi Inisiatif Women in Export (WiEX) yang diperkenalkan buat julung kali sebagai komponen teras strategik pameran itu.

MATRADE Sambut Baik PROTON Sebagai Rakan Mobiliti Rasmi MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengalu-alukan penyertaan Proton Holdings Bhd (Proton) sebagai rakan mobiliti rasmi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.

Hab Pengetahuan MIHAS Berkembang Jadi Platform Sepanjang Tahun - MATRADE

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memperluas Hab Pengetahuan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) menjadi platform risikan perdagangan sepanjang tahun untuk memacu daya saing global pengeksport Malaysia.

Kepimpinan MATRADE Pacu Pemecutan Eksport, Perkasa Daya Tahan Perdagangan Negara

KUALA LUMPUR, 8 Sept  (Bernama) -- Kepimpinan eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) terus komited dalam memacu lonjakan eksport serta memperkukuh daya tahan sektor perdagangan antarabangsa negara melalui strategi berteraskan pasaran dan pemudah cara perdagangan yang proaktif.

MATRADE Tingkat Sasaran Jualan MIHAS 2026 Kepada RM5 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menaikkan sasaran jualan bagi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) kepada RM5 bilion daripada RM4.5 bilion, berikutan sambutan menggalakkan daripada pembeli antarabangsa.

Mamas Sasar Perluas Pasaran Eksport Sos, Kicap Ke Kemboja Tahun Depan

Oleh Nur Faradilla Mohamad

JOHOR BAHRU, 16 Ogos (Bernama) -- Pengeluar dan pembekal pelbagai sos halal tempatan Mamas M&M (M) Sdn Bhd menyasar untuk memperluas pasaran eksport produk sos dan kicap keluarannya ke pasaran Kemboja pada pertengahan tahun depan.

MATRADE Galak Usahawan Sabah Manfaatkan INSP MIHAS Bagi Tembusi Pasaran Global

Oleh Rohana Nasrah

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggalakkan usahawan Sabah menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 dan mendaftar dalam Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) yang dianjurkan bersempena pameran itu.

MATRADE Sasar Memudah Cara Lebih 120 Sesi Padanan Perniagaan Di Pavilion WiEX@MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan untuk memudah cara lebih 120 sesi pemadanan perniagaan bagi syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dalam Pavilion Women in Export (WiEX) di WiEX@MIHAS.

MATRADE Pelawa Syarikat Tempatan Sertai Program Padanan Perniagaan MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat tempatan mendaftar bagi menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Ke-22 2026.