2jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi menyeru penggiat industri untuk mengemukakan cadangan dasar mengenai penyimpanan tenaga, ekonomi hidrogen dan pelaksanaan grid pintar bagi memajukan peralihan tenaga Malaysia, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai kerjasama strategik bagi memacu penyelesaian tenaga mampan serta pembangunan infrastruktur rel yang lebih cekap tenaga dan berdaya tahan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sokongan dalam bentuk pelaburan besar diperlukan bagi penjanaan tenaga elektrik serta pemodenan grid untuk memacu peralihan campuran tenaga Malaysia selain memastikan bekalan elektrik kekal mampu milik, dipercayai serta terjamin, menurut Tenaga Nasional Bhd.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menghubungkan 25 syarikat pembuatan dan perkhidmatan Malaysia dengan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB GENCO) dan TNB Renewables Sdn Bhd untuk meneroka peluang dalam rantaian bekalan tenaga boleh baharu (TBB).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk menggerakkan modal merangkumi pasaran swasta, sektor strategik dan pasaran modal domestik, tertakluk kepada proses pelaburannya, pertimbangan risiko dan pulangan serta keadaan pasaran semasa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- OGX Group Bhd telah menceburi industri tenaga boleh baharu (RE), menyasarkan peluang dalam pasaran pusat data Malaysia yang sedang berkembang menerusi sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) terus melabur bagi meningkatkan kebolehpercayaan terhadap aset penjanaannya yang sedia ada dan pada masa sama memperluas projek tenaga boleh baharu (TBB) dan penyimpanan tenaga.
1bulan ago
Daripada Samantha Tan Chiew Tieng
GUANGZHOU, 4 Sept (Bernama) -- Gergasi tenaga bersih China, Mingyang Smart Energy Group Co Ltd, menyasar untuk memperluas penglibatannya di Malaysia dalam tenaga angin luar pesisir, solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dan hidrogen, sejajar dengan aspirasi negara di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Jepun meningkat 11.8 peratus kepada US$23.3 bilion (US$1=RM4.03) bagi tempoh tujuh bulan pertama 2026 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam komitmennya untuk membangunkan infrastruktur tenaga yang bersedia masa hadapan, menerusi permulaan pembangunan talian penghantaran National Grid Backbone 500kV yang baharu.