BERITA TERKINI   Liga Super: TFC 0-3 JDT | Liga Super: DPMM 3-2 Kuching City | Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah juara Terbuka Denmark | 

Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian " pilihan raya"

Belanjawan 2027 Tingkatkan Pendapatan, Produktiviti – CGS International

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka menyokong pertumbuhan pendapatan selepas kerajaan meneruskan usaha untuk meningkatkan kadar upah melalui struktur gaji minimum berperingkat yang meliputi pekerja separa mahir dan graduan, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Sentimen Belanjawan Positif, Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen positif susulan reaksi pasaran terhadap Belanjawan 2027 dan kenaikan semalaman di Wall Street, apabila saham teknologi meningkat semula dan penurunan harga minyak mengimbangi sentimen pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Prospek Fiskal Belanjawan 2027 Jadi Tumpuan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, dengan pasaran kekal berhati-hati apabila mereka terus menilai prospek fiskal menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

Risiko Luaran, Politik Antara Cabaran Ekonomi Malaysia Pada 2027 - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berdepan risiko luaran pada 2027 terutama ketidaktentuan geopolitik, dasar perlindungan perdagangan Amerika Syarikat (AS) serta kadar faedah yang tinggi di negara-negara maju, kata pakar ekonomi.

Perbelanjaan Pembangunan Dijangka Naik 3.8 Peratus Kepada RM83 Bilion Pada 2027 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat sederhana 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027, kata CIMB Securities.

Bursa Malaysia Susut 1.19 Peratus Pada Tengah Hari Dalam Persekitaran Harga Minyak Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend menurun pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau dalam persekitaran tekanan jualan yang berterusan dan harga minyak yang tinggi.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Mata Wang ASEAN, Rendah Dengan Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan meningkat berbanding sebahagian besar mata wang ASEAN, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam Perancis selepas pasaran bonnya mencatat jualan ketara, minggu lepas.

Malaysia Perlu Harungi Peningkatan Tekanan Geopolitik, Ekonomi Sebagai Negara Perdagangan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu mengharungi peningkatan ketegangan geopolitik dan tekanan ekonomi sebagai sebuah negara perdagangan yang mempunyai integrasi kukuh dalam rantaian bekalan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur menunggu data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan petunjuk selanjutnya mengenai hala tuju kadar faedah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Ambil Untung Susulan Rundingan AS-Iran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus mengurangkan kenaikan baru-baru ini di tengah-tengah rundingan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Minat Belian Saham Wajaran Tinggi Dorong Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari berikutan aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih, yang diterajui oleh saham telekomunikasi, produk pengguna dan utiliti.