Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " semakan"

IATA Tetapkan Empat Keutamaan Atasi Kegagalan Rantaian Bekalan Aeroangkasa

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menetapkan empat keutamaan untuk mengatasi kegagalan rantaian bekalan aeroangkasa yang berterusan iaitu meningkatkan kebolehlihatan rantaian bekalan dan membuka akses kepada pasaran selepas jualan.

Lonjakan Permintaan AI Pacu Eksport Teknologi Asia, Pertumbuhan Malaysia -- S&P Global

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Permintaan mendadak berkaitan kecerdasan buatan (AI) terbukti mendorong ledakan eksport teknologi, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi termasuk Malaysia, menurut S&P Global Ratings.

Peruntukan Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan Tidak Bersifat Menghukum - Liew

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan menegaskan bahawa peruntukan Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak bersifat menghukum tetapi bertujuan menjamin kutipan hasil cukai negara yang teratur demi membiayai agenda pembangunan negara.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat di tengah-tengah jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akhir tahun ini, yang akan menyokong dolar AS dan memberi kesan kepada daya tarikan logam berharga itu. 

Pengamal Perubatan, Insurans, Takaful Pertingkat Ekosistem Penjagaan Kesihatan Menerusi HPPSC

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Sebanyak lima persatuan perubatan dan insurans/takaful memaklumkan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan komunikasi dan kecekapan operasi dalam kalangan doktor, hospital, syarikat insurans dan pengendali takaful.

Top Glove Optimis Prospek Separuh Kedua 2026 Dipacu Permintaan Sarung Tangan Global

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kekal optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2026, didorong oleh pertumbuhan permintaan global yang mampan bagi sarung tangan, asas penawaran dan permintaan industri yang baik serta peningkatan kecekapan operasi.

Tanco: Asas Perniagaan Kekal Utuh Meskipun Harga Saham Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd menegaskan asas perniagaannya kekal kukuh meskipun berdepan turun naik harga saham kebelakangan ini yang mendorong Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA).

Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras atau Kadar-BI dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.