23jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi menyeru penggiat industri untuk mengemukakan cadangan dasar mengenai penyimpanan tenaga, ekonomi hidrogen dan pelaksanaan grid pintar bagi memajukan peralihan tenaga Malaysia, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Persidangan Alibaba.com B2B AI Seller Summit 2026 dan pertandingan CoCreate Pitch Malaysia 2026 menawarkan peluang kepada perniagaan Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan perdagangan digital untuk berkembang ke pasaran global.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Firma robotik dan kenderaan autonomi telah menandatangani empat kerjasama dengan Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital (Sidec) Selangor untuk menubuhkan dan menjalankan projek perintis di negeri ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah menamakan E23 Sdn Bhd, Enygma Technologies Sdn Bhd dan Recharge Xolutions Sdn Bhd sebagai juara Program Selangor Triple Accelerator 2026, yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) & Semikonduktor Selangor (AiSEM@Selangor).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor 2026 (AiSEM@Selangor), merupakan salah satu komponen utama dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Smartsel Sdn Bhd dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor), akan meneroka cadangan Selangor Dark Fibre Network 2.0 yang bertujuan memanfaatkan koridor utiliti sedia ada bagi membangunkan rangkaian gentian optik berkapasiti tinggi.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang mempercepat kitaran reka bentuk semikonduktor dengan memanfaatkan harta intelek (IP) Arm Ltd berlandaskan asas pembuatan semikonduktor yang dibangunkan selama 50 tahun.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang hari ini memeterai 12 perjanjian komitmen pelaburan bernilai RM421 juta pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026, melibatkan kerjasama dalam beberapa sektor ekonomi yang berpotensi merancakkan pembangunan negeri itu.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PKNS FMI) bekerjasama dengan Selangor Advance menerusi inisiatif Selangor Advance 500 (SA500) bagi memperluas akses pembiayaan kepada kontraktor tempatan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Perjanjian 123 yang kini sedang dirundingkan antara Putrajaya dan Washington dijangka membuka jalan kepada Malaysia untuk mengakses kepakaran teknologi nuklear, membangunkan bakat tempatan selain mengukuhkan keupayaannya dalam pembangunan tenaga tersebut, kata Pengerusi Majlis Penasihat Tenaga Atom Malaysia, Raja Datuk Dr Abdul Aziz Raja Adnan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Konglomerat milik kerajaan negeri Selangor, Worldwide Holdings Bhd sedang membuat persiapan membangunkan loji tenaga nuklear pertama Malaysia, dengan menyasarkan untuk bersedia membuat keputusan pelaburan muktamad (FID) menjelang 2031.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh piawaian dan akreditasi sebagai pemacu strategik daya saing ekonomi, keyakinan industri dan akses ke pasaran global, menurut Jabatan Standard Malaysia (JSM).