BERITA TERKINI   Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd di Australia, DT Infrastructure Pty Ltd peroleh dua kontrak EPC dengan nilai keseluruhan RM1.64 bilion | APMM akan terima tiga lagi helikopter AW189 pada Disember ini - Saifuddin Nasution | APMM dijangka terima sebuah kapal induk pada suku pertama tahun hadapan - Saifuddin Nasution | Nilai kerja sektor pembinaan meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026, didorong aktiviti pertukangan khas, bangunan bukan kediaman - DOSM | Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026 - DOSM | 

Terdapat 42 berita berdasarkan kata kunci carian " tarif"

Singapura Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Kepada 4.5 Hingga 5.5 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura bagi 2026 kepada antara 4.5 dan 5.5 peratus, meningkat daripada unjuran awal iaitu 2.0 hingga 4.0 peratus.

42 Syarikat Dianugerah Projek FiT, Bakal Jana Pelaburan Bernilai RM4.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 42 syarikat telah dianugerahkan projek di bawah mekanisme Tarif Galakan (FiT) 2026 dengan projek ini dijangka menjadi pemangkin bagi pelaburan yang bernilai kira-kira RM4.3 bilion. 

Pasaran Getah Bergerak Dalam Jajaran Kecil Minggu Hadapan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal dalam jajaran kecil pada minggu hadapan berikutan ketidaktentuan geopolitik dan perbincangan tarif yang diperbaharui telah menjejaskan minat belian global.

Perniagaan EU Gesa FTA Malaysia-EU Berkualiti Tinggi Bagi Tingkatkan Pelaburan, Perdagangan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Peneraju perniagaan Eropah menggesa kepada perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) yang berkualiti tinggi dan memberikan hasil komersial yang praktikal selain memperkukuh pelaburan dan kerjasama jangka panjang.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Hampir Tidak Berubah Daripada Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama lain dan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS).

PMKS Tumbuh 5.7 Peratus Kepada RM690 Bilion Pada 2025, Atasi Pertumbuhan Negara

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor itu berkembang 5.7 peratus kepada hampir RM690 bilion pada 2025. 

PMKS Malaysia Sedia Manfaatkan DEFA Bagi Tembusi Pasaran ASEAN - Sim

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan yakin tahap penerimaan digital yang tinggi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) membolehkan mereka memanfaatkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) untuk menembusi pasaran seramai 680 juta pengguna di ASEAN.

Pimpinan Perniagaan Eropah, Johari Ghani Bincang FTA Malaysia-EU Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pimpinan perniagaan daripada hampir 30 syarikat Eropah akan mengunjungi Kuala Lumpur minggu depan untuk bertemu dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta pegawai-pegawai kanan kerajaan ketika rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU dijangka selesai pada 2027.

Permintaan Kargo Udara Global Meningkat 8.5 Peratus Pada Jun 2026

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, yang diukur berdasarkan tan kargo bagi setiap kilometer kargo, meningkat sebanyak 8.5 peratus pada Jun 2026, berbanding angka pada Jun 2025, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Tarik Aliran Pelaburan Pasif

Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia berpotensi menarik lebih banyak aliran masuk pelaburan pasif susulan peralihan global ke arah strategi pelaburan itu, sekiranya pelaksanaan dasar dan reformasi diteruskan secara konsisten, menurut peserta Simposium Sasana 2026.

Tarif AS: Kesan Jangka Pendek Terhad, Risiko Perdagangan Kekal Tinggi – OCBC

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Tarif baharu di bawah Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan terhad terhadap eksport ke negara itu dalam tempoh terdekat, disokong oleh pengecualian produk yang meluas serta kadar tarif efektif yang lebih rendah berbanding jangkaan awal.

AMRO Naikkan Unjuran Pertumbuhan Malaysia Kepada 4.9 Peratus Bagi 2026 Susulan Eksport Dipacu AI

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 27 Julai (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus bagi 2026 berbanding unjuran awal 4.6 peratus, didorong permintaan kukuh berkaitan kecerdasan buatan (AI).