Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "cip ai"

Kenanga IB Kekalkan Unjuran Lebihan Akaun Semasa 2026 Pada 2.1 Peratus Daripada KDNK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran lebihan akaun semasa bagi 2026 pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun mengunjurkan lebihan yang lebih kecil pada 2027.

MBSB Investment Bank Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Kepada 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.4 peratus daripada 5.1 peratus.

Malaysia Dapatkan Penjelasan AS Berhubung Sekatan Cip AI, Siasat Dakwaan Eksport Semula – Johari

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung sekatan baharu ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI), khususnya mengenai keperluan pelesenan serta penyediaan perkhidmatan pusat data kepada pihak ketiga.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan tekanan jualan yang meningkat terutamanya dalam kalangan saham berkaitan teknologi dan pusat data sejajar dengan jualan di Wall Street semalaman, kata penganalisis. 

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham teknologi susulan perkembangan berkaitan Nvidia serta syarat pelesenan yang lebih ketat oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) termaju.

Perkembangan Berkaitan Nvidia Tidak Ubah Kedudukan Malaysia Perkukuh Sektor Semikonduktor, AI Negara - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Sebarang perkembangan berkaitan Nvidia tidak mengubah kedudukan Malaysia secara ketara untuk terus memperkukuh sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Tiada Petunjuk Cip AI Berkaitan Isu Nvidia-Megaspeed Dieksport Dari Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak Pernah Beri Kelulusan Kepada Megaspeed, Speedmatrix, Lawatan Ke Pusat Data Sebahagian Pemantauan Rutin - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak pernah memberikan kelulusan kepada Megaspeed International Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura atau syarikat sekutunya di Malaysia, Speedmatrix Sdn Bhd, dengan lawatan ke pusat data merupakan sebahagian daripada pemantauan rutinnya.