BERITA TERKINI   Bersatu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak - Setiausaha Agung | Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd menyusut kepada RM494.04 juta pada suku ketiga 2026, berbanding RM686.26 juta pada suku yang sama tahun lepas | Banjir: 153 penduduk daripada 42 keluarga dipindahkan di Sook, Sabah - JPBN Sabah | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian "eis"

Perlombongan Pasir Dasar Laut Sumbang Lebih RM53.38 Juta Kepada Hasil Kerajaan Setakat Oktober

PELABUHAN KLANG, 25 Nov (Bernama) -- Aktiviti perlombongan pasir dasar laut di luar perairan negeri menyumbang lebih RM53.38 juta kepada hasil Kerajaan Persekutuan setakat Oktober tahun ini, susulan penambahbaikan sistem pemantauan digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan mengelakkan ketirisan hasil.

MAS, MAG Berpotensi Kembali Jadi Pemain Utama Dalam Industri Penerbangan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia Airlines dan Malaysia Aviation Group (MAG) mempunyai potensi untuk kembali menjadi pemain utama dalam industri penerbangan jika kedua-duanya terus menunjukkan daya tahan dan mengekalkan kedudukan yang kukuh dalam menghadapi ketidaktentuan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Axiata Cadang Jual Pegangan Dalam Edotco Pada Harga RM659.4 Juta, Jangka Hasil RM2.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd merancang menjual 15.64 peratus kepentingan ekuitinya dalam Edotco Group Sdn Bhd kepada Pulau Kendi Investments Ltd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, pada harga RM659.4 juta.

Kerajaan Perkukuh Industri Hiliran Getah Melalui R&D, Pengkomersialan -- KPK

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan komitmennya untuk memperkukuh industri hiliran getah bernilai tinggi menerusi pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan serta pemindahan teknologi bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Metronomik, Pembangun Permainan Video Tempatan Impi Ketengah Budaya Asia Tenggara Ke Pasaran Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Susulan penglibatan dalam penghasilan judul permainan video yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Final Fantasy XV dan Street Fighter, pembangun dari Malaysia, Wan Hazmer Wan Abdul Halim dan Daim Dziauddin, mengorak langkah untuk menubuhkan sebuah studio yang mampu mengetengahkan budaya Asia Tenggara kepada para pemain di seluruh dunia.

ECRL Buka Dimensi Baharu Pengangkutan Rel Negara, Bawa Limpahan Manfaat Ke Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membawa kelegaan besar buat penduduk di wilayah berkenaan memandangkan perkhidmatan rel moden ini mampu memendekkan tempoh perjalanan antara Kelantan, Terengganu, dan Pahang menuju ke Lembah Klang berbanding kaedah pengangkutan darat sedia ada.

Kemudahan Panel Tanpa Tunai ITO Tertakluk Kepada Terma Kontrak, Prosedur – HPPSC

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pengendali insurans dan takaful (ITO) boleh menyemak semula, menarik balik atau menyekat keistimewaan tanpa tunai penyedia penjagaan kesihatan jika mereka gagal mematuhi terma kontrak yang dipersetujui, prosedur tuntutan atau keperluan lain yang berkaitan.

Pernah Catat Jualan 5,000 Cawan Untuk Tempoh Tiga Hari, Kopi Royale Johor Sasar Buka Kafe

JOHOR BAHRU, 27 Okt (Bernama) -- Pernah mencatatkan jualan lebih 5,000 cawan dalam tempoh tiga hari, pengasas jenama Kopi Royale Johor menyasarkan pembukaan sebuah kafe dalam tempoh tiga tahun lagi bagi mengembangkan perniagaannya.

Kewangan Islam Berkembang Melalui Inovasi Berteraskan Matlamat Memacu Impak Ekonomi, Sosial - Gabenor BNM

Oleh M.Saraswathi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Industri kewangan Islam Malaysia telah berkembang dan tidak lagi terhad kepada perbankan tradisional dengan memainkan peranan yang lebih luas dalam kehidupan masyarakat dan ekonomi daripada membantu usahawan mikro membina perniagaan mampan kepada membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran global.