2jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk menjadi hab perkhidmatan perniagaan global (GBS) berteraskan kecerdasan buatan (AI) jika syarikat di negara ini merangka semula penawaran perkhidmatan masing-masing, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
6jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan KEB Hana Bank, Korea Selatan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama perbankan rentas sempadan selain memudahkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia serta Korea Selatan.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (BERNAMA) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia meraih manfaat yang amat besar sebagai sebuah negara perdagangan menerusi hubungan baik dan penglibatan dengan pemimpin dunia.
11jam ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
GEOJE ISLAND (Korea Selatan), 25 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengunjurkan kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung ketiganya iaitu PFLNG Tiga akan meningkatkan bekalan LNG serta keupayaannya untuk memenuhi permintaan pelanggan di pelbagai pasaran apabila operasi komersial bermula pada suku ketiga 2027.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) merupakan antara reformasi yang menonjol sepanjang empat tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, sekali gus melindungi rakyat daripada ketidaktentuan global, khususnya ketika konflik yang berterusan di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Kelington Group Bhd meningkat kepada RM56.58 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, berbanding RM41.13 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
1hari ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengunjurkan kutipan cukai langsung bersih kira-kira RM199 bilion pada 2027 dengan pertumbuhan kutipan sekitar enam peratus setahun berdasarkan perkembangan ekonomi dan industri, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
1hari ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
GEOJE ISLAND (Korea Selatan), 24 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang memperluas keupayaan kemudahan gas asli cecair terapung (FLNG) miliknya melalui kemudahan ketiga dan terbaharu, PFLNG Tiga.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelan Hala Tuju Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2050 menggariskan 27 inisiatif dengan unjuran pelaburan antara RM160 bilion dan RM170 bilion serta potensi pembangunan sehingga enam hab CCUS di Malaysia menjelang 2050, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 23 Nov (Bernama) -- Sebuah konsortium yang diketuai oleh Macquarie Asset Management (MAM) pada Isnin memeterai perjanjian mengikat bagi mengambil alih perniagaan menara telekomunikasi antarabangsa Edotco Group Sdn Bhd di lima pasaran Asia Pasifik bernilai US$1.2 bilion (US$1=RM4.12).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) industri aeroangkasa negara menjana RM13 bilion pada 2025, bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan hasil industri dan disokong oleh 12,000 tenaga kerja mahir.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih KSL Holdings Bhd meningkat 3.0 peratus kepada RM104.94 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2026, berbanding RM101.86 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.