BERITA TERKINI   Saham Big Caring Group dibuka pada RM1.05 di Pasaran Utama, tiga sen di bawah harga IPO, dengan 15.09 juta saham diniagakan | Tiada ujian Sistem Amaran Awal Nasional di KL, Selangor, Pahang dan Kelantan hari ini - MCMC | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "mesyuarat pemimpin"

Anwar Sampaikan Kenyataan Negara Pada Mesyuarat Pemimpin APEC, Adakan Pertemuan Perniagaan

SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 hari ini, yang menjadi platform kepada para pemimpin membincangkan keutamaan ekonomi serantau serta memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran global.

Malaysia Harap Mencatat Antara Kadar Pertumbuhan Tertinggi Dalam Kalangan Ekonomi Membangun – Anwar

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap ekonomi Malaysia dapat mencatatkan antara kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan ekonomi membangun susulan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus pada suku ketiga 2026.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Fastprint Dan Fastrain, Bincang Peluang Pelaburan Industri Teknologi

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan berasingan dengan pimpinan Fastprint dan Fastrain di sini hari ini bagi membincangkan perkembangan serta cadangan pelaburan kedua-dua syarikat itu di Malaysia.

Anwar Sampai Ucapan Penting Pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan penting di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 pada hari pertama Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) APEC, di sini.

PM Anwar Tiba Di Shenzhen Hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC Ke-33

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini, awal hari ini, bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33 yang mana beliau dijangka mengetengahkan kepentingan ekonomi Malaysia serta memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dengan rakan serantau dan global.

Lapangan Terbang Shenzhen, Hong Kong Sedia Sambut Pemimpin Dunia Sempena APEC

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 17 Nov (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an mempergiat persiapan bagi menyambut ketibaan pemimpin dunia, delegasi dan petugas media antarabangsa sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026, dengan proses ketibaan berjalan lancar dan teratur.

Malaysia Mahu APEC Kekal Platform Perdagangan Terbuka, Berasaskan Peraturan - Duta Besar

SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan dalam memperkukuh sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, telus, inklusif dan berasaskan peraturan, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai terasnya.

PM Anwar Hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC Di Shenzhen, Adakan Pertemuan Dengan Xi Jinping

SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Shenzhen dari 18 hingga 20 November ini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping.