BERITA TERKINI   RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang dipinda oleh Dewan Negara sebelum ini, diluluskan Dewan Rakyat | Kekerapan LRT3 ditetapkan pada 7.5 minit waktu puncak, akan disemak semula berdasarkan trend jumlah penumpang dalam sebulan - Loke | ‘Program Pemandu Sihat dan Selamat’ beri kemudahan pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan - Loke | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian "pelan induk"

Sabah Perlu Pelan Induk Logistik Bersepadu Untuk Hala Tuju Holistik

LABUAN, 30 Jun (Bernama) -- Sabah memerlukan pelan induk logistik serta pengangkutan bersepadu untuk menangani cabaran di peringkat struktur dan bukannya bergantung pada penyelesaian projek-projek yang berasingan, menurut seorang pakar logistik.

Kerajaan Laksana 23 Inisiatif, Kurangkan Kebergantungan Import Ramuan Halal Kritikal

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan melaksanakan 23 inisiatif, projek dan program yang didaftarkan di bawah tujuh teras strategik Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) sehingga 30 Mei, 2026, bagi menggantikan import bahan ramuan halal kritikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

SC Keluar Nota Panduan Sukuk Agar Sejajar Dengan Maqasid Al-Shariah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah mengeluarkan Nota Panduan Mengenai Sukuk : Penjajaran dengan Panduan Maqasid Al-Shariah Pasaran Modal Islam Malaysia untuk mengukuhkan penjajaran penerbitan sukuk dengan Maqasid al-Shariah.

Kaspersky, Digital Penang Jalin Kerjasama Tingkat Kesediaan Keselamatan Siber PMKS

GEORGE TOWN, 29 Jun (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber dan privasi digital global, Kaspersky dan Digital Penang memeterai kerjasama strategik bagi memperkukuh kepercayaan digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pulau Pinang, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk membina ekonomi digital yang dipercayai serta berdaya tahan.

Kerajaan Komited Perkukuh Ekosistem Kewangan Islam, Tarik Pelabur Rusia Ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terus komited membangunkan ekosistem kewangan Islam yang komprehensif untuk menarik pelabur, khususnya dari Rusia melabur dalam sektor kewangan Islam di Malaysia.

MKS Buka MKS Supercenter Di Pulau Pinang Dengan Pelaburan Bernilai RM400 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Syarikat teknologi semikonduktor global, MKS Inc membuka MKS Supercenter Factory di Pulau Pinang dengan pelaburan strategik melebihi RM400 juta bagi menyokong permintaan global yang semakin meningkat terhadap peralatan fabrikasi wafer.

Pulau Pinang Raih Pelaburan Diluluskan Sektor Pembuatan RM4.9 Bilion Pada Suku Pertama 2026

BATU KAWAN, 20 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang meraih pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan berjumlah RM4.9 bilion bagi suku pertama 2026, sekali gus berada pada tangga kedua di seluruh Malaysia, yang mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi industri serta pelaburan utama di negara ini.

Winner Sky Tech Buka Fasiliti Di Batu Kawan, Pelaburan Komited Berjumlah RM70 Juta

BATU KAWAN, 18 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) Winner Sky Technology Sdn Bhd telah membuka kemudahan pembuatan baharu seluas 60,000 kaki persegi di Batu Kawan, menandakan satu peristiwa penting dalam trajektori pertumbuhan syarikat dan memperkukuh komitmen jangka panjangnya kepada Malaysia sebagai pangkalan untuk pembuatan elektronik bernilai tinggi.

PKFZ Catat Hasil RM108 Juta Walaupun 'Pengaktifan Semula' Capai 86 Peratus

PULAU INDAH, 18 Jun (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang kini 'diaktifkan semula' pada kadar 86 peratus selepas kurang dimanfaatkan hampir dua dekad, berupaya menjana hasil sebanyak RM108 juta.