BERITA TERKINI   Liga Super: DPMM FC 3-1 Negeri Sembilan FC | Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan terima BKK sebulan gaji, dibayar pada Disember ini - Ketua Menteri | Pulau Pinang bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 billion - Chow | Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | Perdana Menteri minta KPDN, Kementerian Komunikasi melalui MCMC ambil tindakan berkait penipuan dalam platform e-dagang - Fahmi | 

Terdapat 116 berita berdasarkan kata kunci carian "uma"

Shell Selesai Pindahkan Perniagaan Stesen Petrol Indonesia Ke Sefas Group

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 30 Okt (Bernama) -- Shell Indonesia telah menyelesaikan pemindahan perniagaan stesen minyaknya kepada syarikat Indonesia, SEFAS Group, meliputi kira-kira 200 cawangan di seluruh negara, sambil mengekalkan jenama Shell di bawah perjanjian pelesenan.

Unit Mestron Peroleh Kelulusan Seda Perluas Kemudahan Penjanaan Tenaga Biogas Di Kelantan

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Mestron Holdings Bhd memperoleh kelulusan tarif galakan (FiA) baharu daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) untuk memperluas kemudahan penjanaan tenaga elektrik biogasnya di Gua Musang, Kelantan.

Tiada Perkembangan Belum Didedahkan Di Sebalik Aktiviti Dagangan Luar Biasa - GIIB

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- GIIB Holdings Bhd menyatakan tiada perkembangan korporat yang belum diumumkan yang boleh menjelaskan aktiviti dagangan luar biasa bagi sahamnya susulan pertanyaan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung penurunan mendadak harga saham syarikat itu.

MCMC Anugerah Peruntukan Spektrum 2600 Mhz, 900 Mhz Kepada CelcomDigi

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganugerahkan peruntukan spektrum kepada CelcomDigi Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CDTel) merangkumi jalur frekuensi 2600 MHz dan 900 MHz di bawah Pakej Maklumat Pemohon No. 1 of 2026 Lot B.

Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhiri Dagangan Pagi, Atasi Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat selepas dibuka rendah, mengatasi prestasi pasaran serantau lain susulan aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi sektor perladangan yang menyokong sentimen pasaran.

Lima Sektor Utama Berpotensi Dibangunkan Di Nexus Sedenak - Invest Johor

Oleh Hasnah Jusid

JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Invest Johor mengenal pasti lima sektor utama berpotensi dibangunkan di Nexus Sedenak yang bakal muncul sebagai hab perindustrian dan rantaian bekalan baharu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

HSBC Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Bagi 2026 Kepada 5.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- HSBC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, tahun ketiga berturut-turut melepasi paras lima peratus, menurut HSBC. 

Pulau Pinang Jangka Manfaat Ekonomi Daripada Penubuhan PTFC

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Penubuhan Pusat Kewangan Teknologi Pulau Pinang (PTFC) dijangka membuka peluang kepada negeri itu untuk menarik lebih banyak dana dan pelaburan baharu, selain memperluas akses pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula teknologi.

Monsun Timur Laut: RM3.5 Juta Untuk Peralatan, Bekalan Banjir JKM Kelantan

GUA MUSANG, 30 Okt (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan memperuntukkan kira-kira RM3.5 juta bagi menyediakan peralatan dan keperluan asas menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.

Inisiatif Linyi Trade City Permudah Akses Rantaian Bekalan Bagi Perniagaan Malaysia

Daripada Norhayati Mohd Akhir

LINYI (Shandong) 30 Okt (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia kini akan mempunyai akses yang lebih cekap kepada rantaian bekalan di China susulan langkah Linyi Trade City Group memperkenalkan Inisiatif Perolehan Pasaran + Rakan Kongsi Global, yang menyepadukan perkhidmatan logistik, kastam dan kewangan di bawah satu platform.

Bursa Malaysia Rendah Selepas Dibuka Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pendapatan syarikat teknologi yang mengecewakan.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.