22minit ago
Daripada Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) - Presiden China Xi Jinping hari ini menggesa ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk memperkukuh solidariti, keterbukaan ekonomi, inovasi, dan pembangunan inklusif bagi merealisasikan visi membina komuniti yang lebih kuat dan mampan.
41minit ago
SHENZHEN (China), 19 Nov (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hari ini menyifatkan rantau Asia Pasifik sebagai rantau yang mempunyai kegiatan ekonomi paling rancak dan berkembang pesat di dunia, sambil mengulangi komitmen Washington untuk menggalakkan pertumbuhan, kestabilan, kedaulatan, kemakmuran dan keamanan di seluruh rantau itu.
19jam ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Malaysia terus menumpukan kepada usaha mengembangkan perdagangan, menarik pelaburan dan mengekalkan hubungan baik dengan semua negara untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi serta mencipta peluang yang lebih besar bagi perniagaan.
1hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan penting di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 pada hari pertama Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) APEC, di sini.
1hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini, awal hari ini, bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33 yang mana beliau dijangka mengetengahkan kepentingan ekonomi Malaysia serta memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dengan rakan serantau dan global.
1hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 17 Nov (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an mempergiat persiapan bagi menyambut ketibaan pemimpin dunia, delegasi dan petugas media antarabangsa sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026, dengan proses ketibaan berjalan lancar dan teratur.
2hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Bandar Shenzhen di selatan China bakal menjadi tumpuan diplomasi ekonomi serantau apabila para pemimpin daripada 21 ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) berhimpun di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33 untuk merangka hala tuju ke arah perdagangan, inovasi, dan kerjasama serantau yang lebih kukuh.
3hari ago
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Shenzhen dari 18 hingga 20 November ini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertemuan tiga hala yang dijangka melibatkan pemimpin Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia tidak seharusnya mengalihkan perhatian daripada kerjasama pelbagai hala yang lebih luas menerusi platform Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata seorang pegawai APEC.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan berjaya mengurangkan kerugian negara susulan penamatan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) kepada RM3 bilion menerusi penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai projek bekalan air di utara Perak dan Pulau Pinang.