Ekonomi

TNB Diiktiraf Jenama Terbaik Tahun Ini Di World Branding Awards 2026–2027

KUALA LUMPUR, 4 Nov  (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.

Anak Syarikat Sapura Industrial Dapat Kontrak Pemasangan Gandar Chery Bernilai RM307 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Industrial Bhd, Sapura Machining Corporation Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pembelian induk dengan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd.

Kerajaan Teliti Pelaksanaan Mandat SAF Satu Peratus Di KLIA Mulai Januari 2027 - Noraini

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak satu peratus pada penerbangan antarabangsa yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Januari 2027.

DEFA Sedia Kurangi Kos Pengembangan, Tingkat Kerjasama Kreatif ASEAN, Kata Pakar

Oleh Nabilah Saleh and Linda Khoo

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) mampu mengurangkan kos pengembangan serantau dan memudahkan perkongsian rentas sempadan untuk penerbit digital, pencipta kandungan serta perniagaan kecil Asia Tenggara, menurut pakar.

Kedah Rubber City Tarik Pelaburan Komited RM3.344 Bilion Setakat September 2026 

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Projek Kedah Rubber City (KRC) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM3.344 billion membabitkan lima pelabur utama setakat September 2026, menurut Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

JAG Sasar Pertumbuhan Dalam Sektor Kitar Semula Sisa Pusat Data, Panel Solar Dan Bateri EV

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Syarikat pengurusan sisa bersepadu iaitu JAG Bhd sedang meneroka peluang untuk mengitar semula peralatan pusat data yang tidak lagi digunakan, panel solar dan bateri kenderaan elektrik (EV) bagi memperluas operasi kitar semulanya.

AWS Lancar Semarak AI Malaysia Bagi Percepat Penggunaan AI Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Amazon Web Services (AWS) melancarkan Semarak AI Malaysia, sebuah program nasional untuk mempercepat penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Malaysia Lihat Potensi Besar Bangunkan Perdagangan F&B Dengan Indonesia - Duta

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia melihat potensi yang kukuh untuk mengembangkan perdagangan dua hala dengan Indonesia dalam sektor makanan dan minuman (F&B), khususnya melalui penyertaan yang lebih besar oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dalam pasaran Indonesia.

BMI Jangka Bank Negara Kekalkan OPR 2.75 Peratus Sepanjang 2027

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan bermesyuarat esok, dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi sepanjang 2027 berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan unjuran inflasi yang terkawal, menurut BMI.

Malaysia Ketengah Peluang Kerjasama Dalam Lima Sektor Strategik Di Istanbul - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia mengetengahkan peluang kerjasama dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital, tenaga bersih dan industri halal pada Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan B57+ Tahun 2026 di Istanbul, Türkiye.

Perancangan Tepat Penting, Elak Kekangan Dalam Sistem Bekalan Elektrik - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa agar aspek seperti membuat keputusan tepat pada masanya, penyelarasan perancangan lebih baik serta kemampuan menyediakan infrastruktur sistem elektrik dapat dilaksanakan bagi mengelak sebarang kekangan yang boleh menjejaskan pertumbuhan negara.

Melaka Ambil Langkah Perkukuh Sektor Tenaga, Galak Penjanaan Kuasa Mampan - Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh memberikan komitmennya bahawa negeri ini sedang mengambil langkah konkrit untuk terus memperkukuh sektor tenaga dengan mempelbagaikan sumber tenaga dan menggalakkan penjanaan kuasa yang lebih mampan.