BERITA TERKINI   Tabung Pos ditubuhkan dengan dana RM150 juta di bawah seliaan MCMC, beroperasi suku pertama 2027 – Fahmi | Agong kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi  | Syed Saddiq, Bella Astillah sah bergelar suami isteri sekitar 10.40 pagi hari ini | Wakil Malaysia, Nur Syakura Mohamad Musa, dinobatkan juara kategori tilawah Al-Quran wanita pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-66 | Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi tiba di Istana Negara pada pukul 10.08 pagi, diberi sambutan negara. | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat secara berhati-hati minggu depan, disokong oleh penilaian saham yang lebih menarik dan berpotensi mendorong aktiviti pembelian terpilih ketika harga rendah, meskipun sentimen pelabur masih rapuh.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pembelian terpilih ketika harga rendah berpotensi menyokong pemulihan beransur-ansur pasaran, namun ketidaktentuan geopolitik, harga tenaga yang tinggi dan hasil bon yang tidak menentu boleh mengehadkan kenaikan.

Ad Banner

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,630 mata minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Kontrak niaga hadapan FBM KLCI ditutup kebanyakannya lebih tinggi minggu ini, menjejaki pengukuhan pasaran tunai pendasar.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Oktober 2026 susut 15 mata kepada 1,607.5, manakala kontrak November 2026 dan Disember 2026 masing-masing turun 14 mata kepada 1,609.0 dan 1,615.0. Kontrak Mac 2027 pula merosot 13 mata kepada 1,600.5.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 38,472 lot daripada 133,7dala 99 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka turun kepada 46,870 kontrak pada Jumaat berbanding 47,940 kontrak seminggu sebelumnya.

Sepanjang minggu ini, FBM KLCI susut 22.42 mata kepada 1,608.45 mata pada penutupan dagangan Khamis berbanding 1,630.87 mata seminggu sebelumnya.

-- BERNAMA