BERITA TERKINI   Agong kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi  | Syed Saddiq, Bella Astillah sah bergelar suami isteri sekitar 10.40 pagi hari ini | Wakil Malaysia, Nur Syakura Mohamad Musa, dinobatkan juara kategori tilawah Al-Quran wanita pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-66 | Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi tiba di Istana Negara pada pukul 10.08 pagi, diberi sambutan negara. | 

Belanjawan 2027: Peruntukan RM1.7 Bilion Bakal Perkukuh Peranan BSN Sebagai Peneraju Pembiayaan Mikro

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM1.7 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 bagi memenuhi keperluan pembiayaan pelbagai kumpulan sasar akan menyuntik momentum kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memperkukuh peranannya sebagai peneraju pembiayaan mikro negara.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BSN Mujibburrahman Abd Rashid berkata peruntukan itu akan memberi manfaat kepada pelbagai golongan, termasuk belia, pekerja ekonomi gig, penjaja dan komuniti rentan.

“Bagi BSN, kejayaan inisiatif ini bukan sekadar diukur melalui jumlah pembiayaan yang disalurkan, tetapi sejauh mana pembiayaan tersebut mampu membantu usahawan mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan dan membina kedudukan Kewangan yang lebih kukuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ad Banner

Beliau turut menyambut baik peruntukan pembiayaan RM270 juta bagi membantu pekerja gig mengembangkan perniagaan dan merealisasikan impian memiliki rumah pertama mereka.

“Inisiatif ini membuka lebih banyak peluang kepada pekerja gig untuk meningkatkan taraf hidup dan membina masa depan kewangan yang lebih terjamin. BSN akan terus menyediakan penyelesaian kewangan yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan mereka,” katanya.

Sebagai usaha memperluas rangkuman kewangannya BSN akan terus memanfaatkan rangkaian cawangan, ejen bank dan saluran perbankan alternatif seperti Cawangan Bank Bergerak bagi memastikan perkhidmatan kewangan dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

BSN memaklumkan rangkuman kewangan bukan sekadar menyediakan akses kepada perkhidmatan perbankan, tetapi memastikan akses tersebut membawa manfaat sebenar kepada kehidupan rakyat. 

Mujibburrahman berkata kerjasama berterusan antara kerajaan dan institusi kewangan penting bagi memastikan inisiatif Belanjawan 2027 dapat diterjemahkan kepada peluang ekonomi yang lebih luas, pertumbuhan perniagaan yang mampan dan kesejahteraan rakyat. 

-- BERNAMA