BERITA TERKINI   55 rakyat Malaysia belum dapat dihubungi selepas banjir kilat di Rasuwa, Nepal - Wisma Putra | Banjir Nepal: 72 rakyat Malaysia di Darchen, China, disahkan selamat, dalam keadaan baik - Wisma Putra  | Sejumlah RM4.6 juta diperuntuk baik pulih 27 institusi pendidikan Islam di Pulau Pinang tahun ini - PM Anwar | Beberapa ikhtiar penting menyentuh kebimbangan dan kehidupan rakyat akan diumum dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok - PM Anwar | PM Anwar sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang esok | 

Terdapat 13 berita berdasarkan kata kunci carian " kenanga ib"

Ringgit Dijangka Terus Mendapat Sokongan Pada Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mendapat sokongan minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3 September, dengan bank pusat diunjur mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Ringgit Dijangka Alami Aktiviti Ambil Untung Minggu Depan Selepas Catat Pengukuhan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung pada minggu depan selepas mencatat aliran pengukuhan pada minggu ini.

Malaysia Masih Terdedah Kepada Turun Naik Harga Minyak Walaupun Prestasi Kukuh LNG - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kejutan harga minyak baru-baru ini menunjukkan bahawa Malaysia masih terdedah kepada perubahan harga minyak dari segi kedudukan perdagangan tenaganya walaupun negara kekal sebagai pengeksport tenaga bersih, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Kenanga IB Kekal Unjur Inflasi 2026 Pada 2.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran inflasi Malaysia pada 2.1 peratus bagi 2026, meningkat daripada 1.4 peratus pada 2025, dengan tekanan harga domestik kekal terkawal meskipun risiko tenaga kembali meningkat.

Kenanga IB Kekal Unjuran Ringgit Pada RM3.95 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran ringgit pada paras RM3.95 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong oleh pertumbuhan yang berdaya tahan, lebihan akaun semasa yang berterusan serta rekod deposit mata wang asing.

Lebihan Akaun Semasa Malaysia Diunjur Meningkat Pada 2.1 Peratus Daripada KDNK Pada 2026

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan lebihan akaun semasa Malaysia bagi 2026 kekal kukuh, dengan mengekalkan jangkaan pada 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 1.6 peratus pada 2025.

Risiko El Nino Pacu Unjuran Harga MSM 2026 RM4,400 Setan Metrik - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan metrik bagi 2026 dan RM4,450 setan metrik bagi 2027 sementara menunggu musim pengumuman keputusan kewangan yang akan datang.

Ringgit Diunjur Stabil Menjelang Akhir Ogos – Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan ringgit akan stabil menjelang akhir Ogos susulan dolar AS menyusut semula selepas mengukuh sebelum ini berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Julainya.

Malaysia Mungkin Ada Kelebihan Disebalik Cadangan Tarif Buruh Paksa AS - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif 10 peratus ke atas barangan Malaysia di bawah langkah berkaitan buruh paksa Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi kesan neutral terhadap prospek perdagangan, dengan negara ini berpotensi mendapat kelebihan berbanding pesaing serantau dengan tarif lebih tinggi, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

LSS6 Bakal Manfaat RM13 Bilion-RM15 Bilion Dalam Pelaburan Swasta- Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Program Solar Skala Besar Pusingan Keenam (LSS6) yang baharu dilancarkan dijangka akan memanfaatkan pelaburan swasta antara RM13 bilion dan RM15 bilion, memandangkan kuota tender telah ditingkatkan kepada 2.65 gigawatts (GW) daripada 2.0 GW sebelumnya. 

TIV Automotif 2026 Malaysia Berada Pada 790,000 Unit - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah volum industri (TIV) untuk industri automotif Malaysia mencecah 790,000 unit pada tahun kalendar 2026.

Bon Malaysia Jadi Pilihan Pelabur Asing, Catat Aliran Masuk RM4.9 Bilion Pada Jun - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran bon Malaysia pada Jun, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 bilion berbanding aliran keluar bersih RM4.3 bilion pada Mei, disokong oleh ketegangan geopolitik yang mereda dan keyakinan berterusan terhadap asas ekonomi negara.