13jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Nuenergy Holdings Bhd (NHB) menerima surat lantikan (LoA) bernilai RM44.5 juta daripada sebuah syarikat dari China untuk melaksanakan kerja mekanikal, elektrik dan perpaipan untuk pembangunan bangunan stesen pendaratan pengguna bagi pusat data di Johor.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia berada berpotensi besar untuk meraih manfaat daripada peralihan struktur didorong oleh kecerdasan buatan (AI) global, disokong oleh kedudukannya sebagai pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia, pengkhususan yang semakin meningkat dalam pembuatan semikonduktor bernilai lebih tinggi serta tarikan sebagai destinasi infrastruktur digital.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memperuntuk dan menyalurkan sebanyak RM20.3 bilion di dalam negara pada 2025 menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP), yang melangkah ke tahun ketiganya.
22jam ago
Oleh Nur Fadhliana Shari
JOHOR BAHRU, 7 Ogos (Bernama) -- Bermula dengan hanya satu guni kentang sehari yang mampu menghasilkan 150 pek tauhu bergedil (900 biji), pengusaha makanan tempatan TahuXTahu yang mula beroperasi pada 2017 itu kini meraih pencapaian membanggakan apabila pengeluarannya meningkat hingga 100 guni kentang sehari (15,000 pek) pada waktu puncak, bersamaan 90,000 biji.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Malaysia menawarkan antara persekitaran perniagaan paling kukuh di rantau ini, disokong oleh kerangka fiskal yang mantap, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur asing, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.
1hari ago
PETALING JAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Acara Kuala Lumpur 20 (KL20) 2026 akan memperkenalkan empat fokus tambahan, iaitu ekonomi kreatif, ekonomi digital, permainan digital dan sektor ketiga, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport yang direkodkan di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) telah mencecah RM106.7 bilion bagi tempoh Januari sehingga Jun 2026, mencerminkan momentum pertumbuhan yang kekal kukuh.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- GFM Services Bhd menerusi unit tenaganya memperoleh pesanan pelepasan tambahan berjumlah RM83.1 juta bagi pakej kerja penyelenggaraan loji utama di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sistem percukaian dunia perlu bergerak seiring dengan landskap ekonomi yang semakin cenderung ke arah pendigitalan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia kini muncul sebagai penerima manfaat utama daripada perubahan struktur di Asia Tenggara apabila rantau ini beralih daripada pemulihan kitaran ekonomi, menurut Jones Lang LaSalle IP Inc (JLL).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) belum menerima sebarang maklumat rasmi setakat ini sama ada pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD akan meneruskan pelaburan di Tanjung Malim, Perak atau mengambil langkah sebaliknya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama lain dan hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS).