6hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menyeragamkan bayaran masuk untuk kenderaan e-panggilan pada RM2, termasuk cukai, bagi Terminal 1 dan Terminal 2, berkuat kuasa hari ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan sebanyak tiga lagi syarikat antarabangsa memulakan perkhidmatan penerbangan ke sini menjelang akhir tahun ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai perjanjian jual beli saham (SPA) tanpa syarat dengan Ageas Insurance International NV yang berpangkalan di Belgium bagi mengambil alih baki 30.95 peratus kepentingan ekuiti dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) bernilai RM4.83 bilion.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Syarikat penerbangan AirAsia hari ini melancarkan perkongsian kod pertamanya dengan Pegasus Airlines dari Turkiye yang menghubungkan Asia Tenggara dan Eropah melalui Istanbul.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Trafik penumpang antarabangsa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Malaysia meningkat 9.3 peratus bulan ke bulan kepada 4.5 juta pada Julai 2026, disokong oleh perjalanan musim panas di seluruh Eropah, Timur Tengah dan sebahagian Asia.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Penang International Logistics Aeropark (PILA) bakal meningkatkan kemudahan dan kapasiti kargo udara dengan ketara di wilayah utara Malaysia, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 memperkenalkan beberapa penambahbaikan pada kemudahan pengambilan e-panggilan yang bertujuan memberi pengalaman ketibaan yang lebih lancar, cepat dan selesa kepada penumpang berkuat kuasa hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan untuk memuktamadkan pengambilalihan baki 30.95 peratus kepentingan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB) menjelang akhir suku ketiga 2026, tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Riyadh Air memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi pertamanya di Asia Tenggara menerusi pelancaran perkhidmatan sulung tiga kali seminggu antara Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus memperkukuh hubungan udara antara Malaysia dan Arab Saudi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air melancarkan penerbangan terus antara Riyadh dan Kuala Lumpur, menjadikan ibu negara Malaysia itu sebagai pintu masuk pertamanya ke Asia Tenggara.
1bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada pada kedudukan terbaik untuk menampung jangkaan kemasukan pasukan, pegawai dan penonton Formula 1 (F1) susulan kembalinya sukan permotoran itu ke Malaysia pada Oktober, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 51 juta pergerakan penumpang di seluruh lapangan terbangnya di Malaysia pada separuh pertama 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.