43minit ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Builders Sdn Bhd (NBSB), hari ini menerima surat anugerah (LOA) daripada BU Developments Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja pembinaan sebuah blok apartmen servis 36 tingkat di Bandar Baru Ulu Kelang, Gombak, Selangor, bernilai RM161 juta.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, TRC Construction Sdn Bhd (TRC) bersama rakan usaha sama (JV) terdiri daripada China Communications Construction Company Ltd (CCCC) dan Ufuk Semarak Sdn Bhd (UFUK) dikenali sebagai CCCC-TRC-UFUK JV telah memperoleh kontrak kerja bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM2.69 bilion.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Seremban Engineering Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, MIE Material Resources Sdn Bhd (MMR), meraih kontrak perkhidmatan rantaian bekalan rentas sempadan bernilai RM18.21 juta daripada EPG Engineering System Sdn Bhd (EPGES).
3jam ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Frontken Corporation Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM57.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM45.83 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah menyelesaikan penerbitan sukuk murabahah dengan jumlah nilai nominal RM350 juta di bawah program sukuk murabahah syarikat itu bernilai sehingga RM1.0 bilion.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM447 juta daripada RM412 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Dasar gaji minimum Malaysia tidak boleh dilihat secara berasingan sebaliknya perlu dilihat sebagai pelengkap kepada bantuan bersasar, rasionalisasi subsidi dan langkah penjagaan kesihatan mampu milik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh RedPlanet Bhd, AZTI Systems Sdn Bhd memperoleh pesanan bernilai RM7.09 juta bagi kerja-kerja berkaitan loji solar fotovolta (PV) berskala besar berkapasiti 15 megawatt arus ulang-alik (MWac) di Batu Sapi, Sandakan, Sabah.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Sapura Industrial Bhd, Sapura Machining Corporation Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian pembelian induk dengan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kerja-kerja tambahan (LOAV) daripada sebuah syarikat teknologi multinasional beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), bernilai kira-kira RM920.8 juta.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) – Kerajaan akan memastikan pembangunan pusat data di negara ini tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada yang menjadi tonggak ekonomi negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Theta Edge Bhd iaitu Theta Technologies Sdn Bhd memperoleh kontrak eksklusif bernilai RM33.01 juta daripada Aceteam Networks Sdn Bhd untuk mendapatkan dan membekalkan sehingga 5,742 unit komputer riba dan komputer meja.