Terdapat 27 berita berdasarkan kata kunci carian "public bank"

Public Bank Rangka Program Sukuk Murabahah RM20 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd merangka Program Sukuk Murabahah bernilai RM20 bilion yang memberikannya fleksibiliti untuk menerbitkan sukuk senior dan/atau sukuk subordinat dari semasa ke semasa.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih sektor perbankan dan telekomunikasi walaupun pasaran secara menyeluruh bertambah baik susulan minat belian baharu terhadap saham teknologi bermodal kecil.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan dan telekomunikasi terpilih yang terus menekan indeks utama dan seiringan dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau lain.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati yang merentasi pasaran serantau susulan penunjuk yang bercampur-campur di pasaran Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian bagi saham-saham wajaran tinggi perbankan terpilih walaupun pasaran secara meluas suram susulan jualan saham teknologi.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan sokongan belian baharu meningkatkan indeks petunjuk pasaran kepada zon positif.

Bursa Malaysia Catat Dagangan Tidak Menentu Pada Awal Pembukaan

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu pada awal pembukaan, bergerak antara zon positif dan negatif sebelum meningkat, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, pulih daripada penyusutan awal untuk kekal melepasi paras 1,600 mata, disokong aktiviti pembelian terpilih pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor telekomunikasi dan berkaitan komoditi walaupun saham teknologi terus menyusut.

Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham mewah terpilih berikutan sentimen serantau yang berhati-hati.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas, menjejaskan sentimen pelabur.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Dalam Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian terhadap saham mewah terpilih khususnya kaunter perkhidmatan kewangan, di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur.

Public Mutual Umum Agihan Melebihi RM89 Juta Bagi Empat Dana

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Public Mutual Bhd mengumumkan agihan berjumlah lebih RM89 juta bagi empat dananya setakat 31 Okt, 2026.