9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (BERNAMA) -- Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad diarahkan bercuti, sementara syarikat itu memberi jaminan ia beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
9hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran serantau lain apabila ketegangan yang memuncak di Asia Barat serta harga minyak tinggi telah menjejaskan sentimen.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pembaharuan pembiayaan mesti seiring dengan peningkatan keperluan penjagaan kesihatan serta menyediakan akses penjagaan kesihatan yang mampu dibiayai sepanjang hayat, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan pembinaan SLGC Bhd menyasarkan untuk meraih RM29.4 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6 Okt ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan yang berterusan dalam ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat, harga minyak mentah yang tinggi dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah melabur sebanyak hampir RM570 juta dalam pendidikan sejak 1996 menerusi Program Biasiswa PNB bagi membangunkan bakat yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang secara keseluruhannya lemah semalaman susulan kenaikan harga minyak mentah dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS ketika dagangan dibuka pada Khamis dan para pelabur menunggu data indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat.
10hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung apabila pasaran kehilangan momentum, kata seorang pakar industri.
10hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati di tengah-tengah prospek tidak menentu di Asia Barat, kata seorang ahli ekonomi.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Tinjauan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh aktiviti pembuatan yang kukuh, pelaburan infrastruktur yang mampan dan pembangunan pusat data yang berkembang pesat, menurut S&P Global Ratings.