1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Agensi hartanah, The Roof Realty Sdn Bhd telah menerima dua anugerah daripada The Asia Records selepas ia mencatatkan nilai jualan kasar (GSV) berjumlah RM19.78 bilion pada 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan pembiayaan mikro bernilai lebih RM500 juta yang memanfaatkan lebih 30,000 usahawan bagi tempoh 15 Mei hingga 26 Jun 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh sentimen yang timbul susulan pelaksanaan program biodiesel B50 Indonesia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jumlah penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak ketara kepada 31 peratus atau bersamaan 73,274 gigawatt jam (GWj) menjelang 2035 daripada 7.0 peratus atau 10,544 GWj pada 2026.
1bulan ago
CANBERRA, 1 Julai (Bernama) -- Perjanjian usaha sama strategik (JVA) antara Weststar Group dan Rocket Technologies International Pty Ltd, Australia dijangka memberi sumbangan penting kepada perdagangan dua hala serta pertumbuhan ekonomi antara Malaysia dan Australia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Sebanyak 10 syarikat pemula niaga semikonduktor Malaysia dipilih untuk program inkubasi semikonduktor kebangsaan yang julung kali diadakan, SemiconStart Malaysia, yang bertujuan membantu mengkomersialkan teknologi buatan tempatan dan membangunkan syarikat teknologi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kontraktor kecil yang terlibat dalam perolehan kerajaan menerusi sistem ePerolehan bakal mendapat manfaat daripada akses yang lebih luas kepada pembiayaan, latihan dan sokongan perniagaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- RHB Bank Bhd menyelesaikan penerbitan Nota Tahap 2 (T2) bernilai RM410 juta di bawah Program Notanya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Delegasi Malaysia telah memperoleh prospek eksport sebanyak RM160 juta di Ekspo Import Korea (KIE) 2026 yang baru sahaja berakhir, mengatasi sasaran awal sebanyak RM120 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1bulan ago
BANGI, 30 Jun (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengunjurkan harga purata minyak sawit mentah (MSM) kekal kukuh di antara RM4,000 dan RM4,300 setiap tan bagi tahun ini, disokong oleh harga semasa petroleum global.
1bulan ago
BANGI, 30 Jun (Bernama) -- Pencapaian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengkomersialkan lebih 240 teknologi dengan potensi nilai pasaran melebihi RM6 bilion membuktikan penyelidikan sawit negara terus relevan dengan keperluan industri, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan melaksanakan 23 inisiatif, projek dan program yang didaftarkan di bawah tujuh teras strategik Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) sehingga 30 Mei, 2026, bagi menggantikan import bahan ramuan halal kritikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).