Terdapat 349 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi "

ECRL Lebih Selesa Dan Pantas, Bakal Ubah Pengalaman Perjalanan Ke Pantai Timur

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KOTA BHARU, 12 Nov (Bernama)-- Bagi ribuan anak kelahiran Pantai Timur yang sedang mencari rezeki di Lembah Klang, kepulangan ke kampung halaman amat sinonim dengan tempoh perjalanan yang panjang, selain kesesakan luar biasa yang dianggap satu ‘acara tahunan’, terutamanya menjelang musim perayaan dan cuti panjang. 

Hubungan Ekonomi Malaysia-Taiwan Kekal Kukuh, Pelaburan Tidak Terjejas - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi Malaysia-Taiwan kekal kukuh dan tidak terjejas, dengan Malaysia terus menerima pelaburan dari Taiwan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Beri Jaminan Lindungi Rakyat Daripada Kesan Konflik Asia Barat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap melindungi rakyat, menjamin bekalan keperluan asas serta menyokong kelangsungan perniagaan dan pekerjaan jika konflik di Asia Barat semakin meruncing.

Pinjaman Baharu Kerajaan Biayai Pembangunan, Lunas Bon 1MDB RM13 Bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pinjaman baharu di bawah Kerajaan MADANI adalah untuk membiayai pembangunan negara, termasuk sekolah, hospital, jalan raya serta bekalan air dan elektrik. 

Perniagaan Perlu Tingkat Produktiviti Susulan Kenaikan Gaji Minimum

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kenaikan gaji minimum terbaharu dijangka meningkatkan pendapatan pekerja, namun pada masa sama perlu mendorong perniagaan mempergiat usaha meningkatkan produktiviti bagi memastikan kos upah yang lebih tinggi dapat ditampung tanpa menambah tekanan terhadap harga barangan dan perkhidmatan.

ECRL Buka Dimensi Baharu Pengangkutan Rel Negara, Bawa Limpahan Manfaat Ke Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membawa kelegaan besar buat penduduk di wilayah berkenaan memandangkan perkhidmatan rel moden ini mampu memendekkan tempoh perjalanan antara Kelantan, Terengganu, dan Pahang menuju ke Lembah Klang berbanding kaedah pengangkutan darat sedia ada.

EECA 2024 Kritikal Susulan Pengembangan Dalam Industri Dan Permintaan Tenaga - ST

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Akta Kecekapan dan Konservarsi Tenaga (EECA) 2024 adalah amat kritikal dalam mengurus permintaan elektrik pada masa hadapan kerana ia membolehkan negara merancang kapasiti penjanaan sambil memastikan keselamatan serta kemampuan tenaganya.

Cekal Lawan Arus, Syarikat Bumiputera D’Amante, Coperatech Raih Kejayaan  

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Krisis kewangan yang melanda negara-negara Asia pada 1997/1998 mungkin menjadi titik noktah bagi sesetengah perniagaan apabila ada syarikat yang terpaksa gulung tikar.

Ringgit Dibuka Berubah Sedikit Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka berubah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pelabur menilai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terkini dan implikasinya terhadap prospek kadar faedah.

Pelaburan Bernilai Berbilion Ringgit Petanda Keyakinan Pelabur Terhadap Ekonomi Malaysia - Chiew

KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Pengembangan mampan ekonomi Malaysia yang dicerminkan menerusi pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada separuh pertama 2026, memperlihatkan kejayaan pembaharuan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama dan serantau pada Rabu, namun susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan jangkaan baharu bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin menaikkan kadar faedah.

Malaysia Di Kedudukan Ke-27 IMD World Digital And AI Ranking 2026, Kedua Terbaik Di ASEAN - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia melonjak tujuh anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 70 ekonomi dalam IMD World Digital and AI Ranking (WDAIR) 2026 daripada tangga ke-34 pada tahun lepas, sekali gus muncul sebagai negara kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura.