12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur terus berhati-hati susulan konflik yang berlarutan di Asia Barat, yang terus mendorong kenaikan harga minyak mentah dan menyokong mata wang unit negara maju.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd memeterai perjanjian kajian dan kerjasama bersama (Joint Study and Collaboration Agreement - JSCA) dengan Petronas Gas Bhd (PGB) bagi mengkaji pembangunan saluran paip lateral darat untuk menghubungkan projek terminal regasifikasi (RGT) Yan yang dicadangkan dengan sistem Peninsular Gas Utilisation (PGU).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- P.A. Resources Bhd (PARB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, menerima kemudahan perbankan tambahan berjumlah RM255.45 juta bagi menyokong operasi sedia ada kumpulan serta pembangunan kilang baharu.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Hengyuan Refining Company Bhd (HRC) memeterai perjanjian terikat dengan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (SMT) dan Shell Timur Sdn Bhd (STSB) (secara kolektif, Shell) bagi memperbaharui perjanjian pengambilan produk jangka panjang bagi tempoh 10 tahun.
12hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan data gaji bukan ladang (NFP) yang kukuh selain pasaran menunggu laporan inflasi AS yang akan dikeluarkan lewat minggu ini.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini menjejaki prestasi niaga hadapan emas yang lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Pekat Group Bhd melalui anak syarikat milik tidak langsungnya, Pekat E & LP Sdn Bhd, memperoleh tiga subkontrak bernilai keseluruhan RM57.18 juta bagi kerja sistem pembumian dan perlindungan kilat untuk projek pusat data hiperskala di Johor Bahru, Johor.
12hari ago
SINGAPURA, 7 Sept (Bernama) -- Pengendali logistik ekspres kini sedang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pemantauan jarak jauh merentasi rangkaian pengangkutan darat mereka untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan rentas sempadan menjelang penyepaduan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Konvensyen teknologi Selangor, yang dahulunya dikenali sebagai Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC), dijenamakan semula sebagai AiSEM@Selangor, Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Malaysia menganjurkan Persidangan Ketua-Ketua Pengarah Penerbangan Awam, rantau Asia dan Pasifik (DGCA/61) ke-61 dari 7 hingga 11 September, 2026, menghimpunkan lebih 500 peserta dari 35 negara untuk salah satu perhimpunan penerbangan awam paling penting di rantau berkenaan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari berikutan aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih, yang diterajui oleh saham telekomunikasi, produk pengguna dan utiliti.
12hari ago
Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau.