Terdapat 1495 berita berdasarkan kata kunci carian "buka"

Malaysia Jadikan TVET Sebagai Teras Dasar Perindustrian Bagi Transformasi Ekonomi

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia mengangkat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) sebagai teras dasar perindustriannya, menjadikannya sebagai instrumen utama transformasi ekonomi untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan pendapatan yang baik.

Kedai Tanpa Penjaga Beri Ruang Usahawan Mikro Kurangkan Kos Operasi

Oleh Mohamad Syazwan Mustafa

JOHOR BAHRU, 23 Sept (Bernama) -- Penggunaan ruang niaga yang kecil, pembayaran tanpa tunai dan sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) membuka peluang kepada usahawan mikro meneroka konsep kedai tanpa penjaga sebagai pendekatan mengurangkan kos operasi.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Ambil Untung Susulan Rundingan AS-Iran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih, sekali gus mengurangkan kenaikan baru-baru ini di tengah-tengah rundingan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, disokong penyusutan harga minyak mentah Brent serta perkembangan berkaitan geopolitik.

Anwar Bertemu Pemimpin Industri, Sampaikan Ucaptama Dan Menuju Ke Hangzhou

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 23 Sept  (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sesi perbincangan meja bulat bersama pemimpin industri dan menyampaikan ucaptama pada Persidangan WorldSkills 2026 di sini hari ini.

Sinergi Bank Rakyat, Alibaba Cloud, Lenovo Buka Ruang Kerjasama Strategik - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

SHANGHAI, 22 Sept (Bernama) -- Sinergi strategik antara Bank Rakyat bersama dua gergasi teknologi China, Alibaba Cloud dan Lenovo membuka ruang lebih luas kepada perkongsian teknologi, kepakaran serta pengalaman dalam usaha memperkukuh keupayaan digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi kewangan (fintech).

Niaga Hadapan MSM Terus Susut Susulan Harga Minyak Mentah Rendah 

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penyusutan dengan ditutup rendah pada Selasa berikutan harga minyak mentah yang rendah menjejaskan sentimen pasaran.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas dolar US mengukuh sehingga menjejaskan logam berharga itu.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai Pendasar

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Sesi Padanan WAIC Connect Pemacu Kolaborasi Kecerdasan Buatan Malaysia-China

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Sesi padanan industri inovasi WAIC Connect yang berlangsung awal bulan ini telah menghimpunkan pihak berkepentingan kerajaan dan industri Malaysia dengan syarikat kecerdasan buatan (AI) dari China bagi meneroka potensi kerjasama berdasarkan keperluan perniagaan dan sektor tempatan.

Bursa Malaysia Ditutup Meningkat 16.56 Mata Menjelang Pertemuan Trump-Xi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan jualan ketara baru-baru ini.

Pasaran Getah Terus Catat Kenaikan Didorong Prestasi Positif Niaga Hadapan Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus mencatat kenaikan apabila ditutup tinggi pada Selasa berikutan niaga hadapan getah serantau yang kukuh dan kekangan bekalan yang berterusan akibat fenomena El Nino, kata peniaga.