Terdapat 206 berita berdasarkan kata kunci carian " as "

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS Ketika Konflik Asia Barat Berlarutan

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur terus berhati-hati susulan konflik yang berlarutan di Asia Barat, yang terus mendorong kenaikan harga minyak mentah dan menyokong mata wang unit negara maju.

Minat Belian Dalam Saham Perbankan, Telco Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor perbankan dan telekomunikasi, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Data Pekerjaan AS Kukuh

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan data gaji bukan ladang (NFP) yang kukuh selain pasaran menunggu laporan inflasi AS yang akan dikeluarkan lewat minggu ini.

Minat Belian Saham Wajaran Tinggi Dorong Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada sesi dagangan tengah hari berikutan aktiviti pembelian saham berwajaran tinggi terpilih, yang diterajui oleh saham telekomunikasi, produk pengguna dan utiliti.

Aliran Masuk Asing Ke Bon Kerajaan Malaysia Bulan Ogos Berjumlah RM11.1 Bilion

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Aliran masuk asing ke dalam bon kerajaan Malaysia berjumlah RM11.1 bilion pada Ogos, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan data jumlah pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) AS yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Penggunaan Nuklear Dalam Campuran Tenaga, Malaysia Sediakan Asas

Oleh Arul Rajoo Durar Raj dan Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang giat menyediakan asas untuk kemungkinan penggunaan nuklear dalam campuran tenaga negara, walaupun ia mungkin tidak akan terlaksana dalam masa terdekat.

Ringgit, Mata Wang Serantau Dijangka Hadapi Tekanan Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Ringgit dan mata wang serantau lain dijangka akan mengalami tekanan minggu depan, dengan mata wang tempatan itu dilihat diniagakan antara RM4.04 dan RM4.06 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai.

Emas Dijangka Menyaksikan Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan beberapa pengambilan untung awal minggu hadapan menjelang pengeluaran data inflasi utama Amerika Syarikat (AS), kata pakar strategi global Quintex Intel, Stephen Innes.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Positif Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan, disokong oleh asas domestik berdaya tahan dan sentimen serantau yang semakin pulih.