Terdapat 444 berita berdasarkan kata kunci carian " tan"

Donuf Sasar 100 Cawangan Menjelang 2029

Oleh Nur Fadhliana Shaari

JOHOR BAHRU, 2 Okt (Bernama) -- Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang 2029 didorong oleh perkembangan positif perniagaan itu sejak mula beroperasi April lepas.

Bantuan Pendapatan Bersasar Untuk Warga Emas Untuk Perkukuh Keselamatan Persaraan

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia wajar mempertimbangkan pemberian bantuan pendapatan bersasar kepada golongan berusia 70 atau 75 tahun dan bukannya memperkenalkan pencen sejagat pada usia yang lebih muda, kata Pengerusi Axiata Group Bhd Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

BMCC Iktiraf Kejayaan 23 Nama Pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2026

SUBANG JAYA, 1 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan British Malaysia (BMCC) hari ini telah mengiktiraf kejayaan 23 nama pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan (BEA) BMCC ke-7 berikutan prestasi, inovasi dan impak yang mereka sumbang terhadap landskap perniagaan antara United Kingdom (UK) serta Malaysia.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh harga minyak kacang soya yang lebih rendah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT). 

KWSP Gesa Pembaharuan Dalam Sistem Pencen Untuk Pastikan Pendapatan Persaraan Sepanjang Hayat

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Sistem pencen di Malaysia perlu berkembang seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan; pembaharuan diperlukan bagi memperkukuh liputan, kecukupan, ekuiti dan kelestarian pendapatan persaraan untuk tempoh hayat yang lebih panjang.

Klanggroup Serah Dua Pembangunan Hartanah Dengan GDV RM1.74 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Klanggroup Development Sdn Bhd menyerahkan milikan kosong pada September 2026 untuk dua pembangunan hartanah di Selangor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.74 bilion.

Malaysia, Singapura Boleh Bekerjasama Tingkatkan Perdagangan Intra-ASEAN - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura boleh bekerjasama untuk meningkatkan kesalinghubungan perniagaan dalam ASEAN dan memacu perdagangan intra-ASEAN dengan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara dalam rantaian bekalan, ekonomi digital serta industri utama.

Utamakan Keterjaminan Makanan Marin, Pencegahan Pencemaran Dalam Bajet 2027 - Pakar

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia digesa mengiktiraf keterjaminan makanan marin dan pencegahan pencemarannya sebagai isu daya tahan nasional dan keutamaan ekonomi menerusi Belanjawan 2027.

Lebih 268,000 Pembayar Cukai Kemukakan 1.99 Bilion e-Invois Setakat 1 Okt

PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Sebanyak 268,005 pembayar cukai telah mengemukakan 1.99 bilion e-Invois setakat hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Belanjawan 2027: NASH Gesa Pengukuhan Tanaman Semula Kelapa Sawit, Sokongan Pembiayaan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH) menggesa kerajaan supaya memperkukuh program tanaman semula, meningkatkan produktiviti pekebun kecil serta memperluas akses pembiayaan bagi sektor kelapa sawit dan getah menerusi Belanjawan 2027.

Malaysia Sasar Pertingkat Eksport Produk Sawit Nilai Tinggi Ke India -- Noraini

Oleh Shakir Husain

HYDERABAD, 30 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang meneliti langkah bagi meningkatkan lagi eksport produk-produk minyak sawit bernilai tinggi ke India seiring dengan permintaan terhadap minyak sayuran yang kekal kukuh di negara pengimport utama itu.

Kerjasama KDEBWM-Caltex Perkukuh Tatakelola, Pengurusan Logistik

SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) -- KDEB Waste Management (KDEBWM) mengambil langkah strategik bagi memperkukuh tatakelola serta meningkatkan kecekapan pengurusan logistik menerusi kerjasama dengan Chevron Malaysia Limited (Caltex).