1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin, disebabkan pelabur menunggu keputusan pendapatan korporat seterusnya untuk mendapatkan hala tuju pasaran lebih jelas, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd melonjak 124.4 peratus kepada RM322.03 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM143.54 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) setakat ini telah menyalurkan sejumlah RM15 bilion daripada komitmen pelaburan domestik RM25 bilion menerusi inisiatif Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) diterajui Kementerian Kewangan.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pengukuhan tatakelola Lembaga Tabung Haji (TH) penting daripada perspektif ekonomi, mengambil kira skala dan peranan institusi itu yang mengurus amanah lebih 9.8 juta pendeposit di samping mempunyai kedudukan signifikan sebagai pelabur institusi dalam ekonomi domestik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (Petronas Dagangan) meningkat kepada RM387.21 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) berbanding RM265.53 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Eastern & Oriental Bhd (E&O) meningkat kepada RM58.11 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 daripada RM45.41 juta pada suku pertama tahun kewangan 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia mengekalkan momentum positifnya dengan mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.3 peratus pada Jun 2026, mencapai 114.8 mata berbanding 113.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan musim pelaporan pendapatan yang menyebabkan pelabur lebih memilih dalam membuat pelaburan, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Kualiti aset dan sumber keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menjadi antara ukuran utama dalam menilai kekuatan kewangan institusi itu, selain kadar agihan keuntungan kepada pendeposit, kata pakar ekonomi.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan disokong oleh permintaan yang lebih kukuh dan kebimbangan terhadap kemungkinan kekangan bekalan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berjaya mencatatkan jualan bernilai RM186 juta menerusi program Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Kemboja, sekali gus mengatasi sasaran awal RM100 juta.