Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian " sukuk"

Affin Lihat Peluang Tingkatkan Produktiviti, Daya Saing Malaysia Menerusi Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 menawarkan peluang untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia menerusi industri bernilai tinggi, inovasi teknologi dan integrasi serantau yang lebih mendalam, menurut AFFIN Bank Bhd.

Belanjawan 2027 Pacu Pertumbuhan Pasaran Modal Negara – SC

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah utama yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka memperkukuh usaha Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memacu pertumbuhan ekonomi melalui pembentukan dan penggemblengan modal yang cekap.

Kerajaan Akan Perkenal Sukuk Simpanan Runcit Bertoken - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif Sukuk Simpanan Runcit Bertoken, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PMKS: Perkukuh Ekonomi Islam, Kerajaan Sedia Geran Padanan Sehingga RM5,000 Bagi Sijil Halal

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mendapatkan sijil halal bagi kali pertama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SC, Bursa Malaysia Laksana 13 Inisiatif Pertingkat Tahap Mudah Tunai, Kecekapan Pasaran Modal - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia melaksanakan 13 inisiatif sepanjang lapan bulan pertama 2026, bagi meningkatkan tahap mudah tunai dan kecekapan pasaran modal Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Al-‘Aqar REIT Kemuka Program Sukuk Had Gabungan Sehingga RM3 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Al-‘Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar REIT) telah mengemukakan program sukuk dengan nilai had gabungan nominal sehingga RM3 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pinjaman FELDA Dijamin Kerajaan Berbaki RM5.88 Bilion -- MOF

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin kerajaan berjumlah RM5.88 bilion setakat 30 September 2026, selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

IILM Terima Permintaan Tinggi Bagi Terbitan Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.31 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) mengumpul sebanyak US$1.31 bilion melalui terbitan semula sukuk jangka pendek, dengan menerima tempahan berjumlah kira-kira US$2.33 bilion dalam keadaan pasaran bon global yang tidak menentu.

Maybank Selesaikan Terbitan Sukuk Mudharabah AT1 RM2.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyelesaikan terbitan sukuk mudharabah tambahan peringkat 1 (AT1) bernilai RM2.5 bilion di bawah program sukuknya.

Belanjawan 2027: Perak Mohon Peruntukan Khusus Projek Pemindahan Air Ke Tasik Bukit Merah

IPOH, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri berharap menerusi Belanjawan 2027, peruntukan bagi projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah diluluskan dan dapat dilaksanakan tahun depan.

Malaysia Pada Kedudukan Lebih Kukuh Susulan Pembaharuan Fiskal Utama -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula  subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.

SC Sedang Bangunkan Sukuk Prisma SDG Bagi Pelaksanaan, Daya Tahan Iklim

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang membangunkan rangka kerja berasaskan Syariah baharu, Sukuk Prisma SDG bagi memudah cara penerbitan sukuk bukan ringgit yang menyokong pelaksanaan, daya tahan iklim dan keutamaan pembangunan mampan negara lain.