BERITA TERKINI   Perak bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.693 bilion, merangkumi RM1.1 bilion perbelanjaan mengurus dan RM593 juta pembangunan | PM Anwar nafi dakwaan kerajaan sebar minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan | PM Anwar tidak setuju dengan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong, serah tindakan lanjut kepada pihak berkuasa | Tiada layanan dua darjat dalam sebarang siasatan berkaitan pihak yang menyentuh isu 3R - PM Anwar | 1,500 warga Myanmar diluluskan dihantar pulang pada 6-7 Dis ini menerusi tiga kapal tentera laut Myanmar - PM Anwar | 

Terdapat 27 berita berdasarkan kata kunci carian " elektrik dan elektronik "

HLIB Unjur Pertumbuhan KDNK Pada 5.5 Peratus, 2026 Pada 5.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 mencapai 5.5 peratus, disokong oleh pengembangan berterusan sektor perkhidmatan dan pembinaan, aktiviti pembuatan yang lebih kukuh serta pemulihan sektor pertanian.

Malaysia Perlu Beralih Kepada Penciptaan Produk Bernilai Tinggi Untuk Perkukuh Sektor Perindustrian

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) - Malaysia perlu beralih daripada sekadar menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global kepada pencipta dan pemilik harta intelek, teknologi dan jenama yang inovatif.

Jualan Perdagangan Borong Dan Runcit Naik Kepada RM183.1 Bilion Pada September 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jualan lebih tinggi sebanyak RM183.1 bilion pada September 2026, meningkat 15.9 peratus tahun ke tahun, disokong pertumbuhan dalam ketiga-tiga subsektornya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pelaburan Bernilai Berbilion Ringgit Petanda Keyakinan Pelabur Terhadap Ekonomi Malaysia - Chiew

KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Pengembangan mampan ekonomi Malaysia yang dicerminkan menerusi pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada separuh pertama 2026, memperlihatkan kejayaan pembaharuan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Kos Pinjaman Tinggi, Kelulusan Ketat Akan Jadi Cabaran Utama Pasaran Hartanah Pada 2027 – JLL Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kos tinggi pinjaman serta kelulusan yang lebih ketat dijangka memberi tekanan kepada pasaran hartanah kediaman di Malaysia pada 2027, memandangkan bank akan lebih berpilih dalam membiayai pembelian hartanah, demikian menurut JLL Malaysia.

Paras OPR Ketika Ini Sejajar Dengan Prospek Pertumbuhan Ekonomi Dan Inflasi -- Gabenor BNM

Oleh M. Saraswathi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan penilaiannya bahawa kadar tersebut sejajar dengan prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

BNM Dijangka Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Pada 2027 - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus pada suku pertama 2027 didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan dan unjuran inflasi tinggi daripada Bank Negara Malaysia (BNM), kata penganalisis pasaran.

OPR Kekal Pada Paras Semasa Wajar, Dasar Monetari Dijangka Kembali Normal Pada 2027

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus adalah wajar, mengambil kira pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan serta inflasi yang terkawal.

JAG Sasar Pertumbuhan Dalam Sektor Kitar Semula Sisa Pusat Data, Panel Solar Dan Bateri EV

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Syarikat pengurusan sisa bersepadu iaitu JAG Bhd sedang meneroka peluang untuk mengitar semula peralatan pusat data yang tidak lagi digunakan, panel solar dan bateri kenderaan elektrik (EV) bagi memperluas operasi kitar semulanya.

Pulau Pinang Perlu Memperkasa EMS Untuk Kepelbagaian Industri dan Kompleksiti Ekonomi

GEORGE TOWN, 3 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang perlu mempergiat usaha mempelbagaikan sektor ekonominya bagi mengurangkan risiko kebergantungan tinggi terhadap industri elektrik dan elektronik (E&E), khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global dan perubahan kitaran industri teknologi.

IJM Construction Raih Anugerah Pembina Terbaik MCIEA 2026

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- IJM Construction Sdn Bhd dinobatkan sebagai Pembina Terbaik (Gred G7) pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2026, sebagai pengiktirafan terhadap kejayaannya menyiapkan pelbagai projek bangunan dan infrastruktur yang kompleks.

Pelabur China Tunjuk Hasrat Labur US$15 Bilion Dalam Enam Sektor Berpotensi Tinggi – TPM Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur China menunjukkan hasrat untuk membuat pelaburan berjumlah US$15 bilion di Malaysia, melibatkan enam sektor berpotensi tinggi termasuk elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, serta industri halal.