1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu melangkaui tumpuan kepada pusat data dengan membangunkan lebih banyak syarikat teknologi tersenarai berskala besar bagi menarik pelaburan portfolio global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management Bhd Munirah Khairuddin.
1bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 4 Ogos (Bernama) -- Institusi kewangan mesti mengguna pakai sistem pematuhan yang lebih pintar, berteraskan data dan berasaskan risiko memandangkan jenayah kewangan kini semakin berasaskan digital, saling berkait selain sukar dikesan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia sedang mempertimbangkan pemberian insentif bagi menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dalam Program MyValue Up sebagai antara usaha untuk meningkatkan penciptaan nilai jangka panjang dalam kalangan syarikat tersenarai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) – Bursa Malaysia Bhd mengunjurkan satu atau dua tawaran awam permulaan (IPO) berskala besar pada separuh kedua 2026 susulan langkah meningkatkan sasaran permodalan pasaran IPO sepanjang tahun kepada RM34 bilion disokong oleh senarai menunggu penyenaraian yang kukuh.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 meningkat kepada RM71.77 juta daripada RM57.05 juta bagi suku yang sama tahun kewangan 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan minyak dan gas United Asiapac Energy Bhd melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada harga terbitan 35 sen sesaham, dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd dijadualkan pada 19 Ogos.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Syarikat besar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan meraih manfaat yang lebih besar sekiranya mematuhi keperluan pelaporan kemampanan berikutan langkah itu membantu mereka mendapat akses kepada modal dan pasaran, selain mengekalkan daya saing.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih satu lagi pencapaian ekonomi yang penting apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal per kapita melepasi paras US$15,000 (US$1= RM4.06) pada 2026, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengeluar produk bakeri, HSS Holdings Bhd merancang untuk memperkukuh kedudukannya di Asia Tenggara, memanfaatkan permintaan meningkat untuk produk halal selepas penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) bersepadu, Elsa Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan dalam segmen teknologi digital, robotik dan kejuruteraan.