3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu apabila sentimen berhati-hati terus menjejaskan beberapa saham wajaran tinggi, khususnya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan perladangan.
3hari ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 18 Nov (Bernama) -- Bank pusat Indonesia menaikkan kadar faedah penanda aras sebanyak 25 mata asas kepada 6.0 peratus sebagai langkah awal menstabilkan rupiah yang semakin lemah serta mengawal inflasi di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal stabil dalam jangka pendek di tengah-tengah perkembangan global semasa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
3hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan, disokong oleh permintaan domestik, pelaburan dan eksport bersih, meskipun berdepan ketidaktentuan global yang berterusan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
3hari ago
SHENZHEN, 18 Nov (Bernama) -- Asia Pasifik perlu terus mengukuhkan kerjasama merentas perbezaan geopolitik ketika tekanan persaingan antara blok serantau menjadi semakin ketara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai mengurangkan kebergantungannya terhadap mana-mana sektor tunggal, termasuk kecerdasan buatan (AI), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan menetapkan sasaran minimum 30 peratus kandungan tempatan bagi projek pusat data baharu diluluskan di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam pembangunan industri itu.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah mengambil langkah kawal selia dan strategi berstruktur bagi menjamin kestabilan bekalan dan kos elektrik daripada pusat data tidak menjejaskan pengguna domestik serta industri sedia ada.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggesa syarikat aeroangkasa Perancis untuk memperluas pemerolehan tempatan dan bekerjasama rapat dengan pembekal Malaysia bagi membantu memperkukuh industri aeroangkasa domestik.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM350.4 bilion merentasi sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor utama dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2026, iaitu peningkatan sebanyak 20.7 peratus berbanding RM290.3 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih yang meningkat kepada RM62.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026, daripada defisit RM45.23 juta pada suku yang sama setahun sebelumnya.