9hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak satu peratus pada penerbangan antarabangsa yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Januari 2027.
12hari ago
GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), memperkenalkan program latihan kemahiran teknikal untuk membantu golongan belia kurang berkemampuan mendapatkan pekerjaan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta pembuatan di Malaysia.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganugerahkan peruntukan spektrum kepada CelcomDigi Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CDTel) merangkumi jalur frekuensi 2600 MHz dan 900 MHz di bawah Pakej Maklumat Pemohon No. 1 of 2026 Lot B.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SKA Capital Bhd terlebih langgan sebanyak 80.42 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 11 Nov 2026.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Kerajaan mengutamakan pembiayaan projek Program Jalan Luar Bandar (JALB) dengan peruntukan dinaikkan kepada RM3.1 bilion bagi 2026 berbanding peruntukan asal RM2.11 bilion, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan bersasar bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas termasuk melalui penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman serta penangguhan pembayaran, kata Kementerian Kewangan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan bersasar bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas termasuk melalui penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman serta penangguhan pembayaran, kata Kementerian Kewangan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Rangkaian farmasi runcit Big Caring Group Bhd (BCG) menyasarkan untuk mengumpul RM637.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pembiayaan berjumlah RM3.8 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Penstabilan PKS (SME SRF) Bank Negara Malaysia (BNM) telah diluluskan setakat 30 Sept 2026, yang memanfaatkan lebih 6,800 akaun perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
16hari ago
KUALA LUMPUR, Okt 28 (Bernama) -- Kerajaan belum memberikan keputusan terhadap 24 permohonan baharu pusat data kerana mahu menilai kecukupan bekalan tenaga bagi menampung projek yang telah diluluskan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) melonjak sebanyak 69.1 peratus kepada RM282.07 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026 manakala jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 39.6 peratus kepada RM378.70 bilion.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- MyDCD Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM187.6 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Nov 2026.