13jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Samaiden Group Bhd (Samaiden) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Parkland Renewable Energy Sdn Bhd (Parkland) untuk mengadakan kerjasama meneroka projek tenaga boleh baharu (TBB) dengan jumlah kapasiti terpasang sehingga 1,000 megawatts arus ulang alik (MWac) di Semenanjung Malaysia.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd menerbitkan siri ke-14 sukuk senior di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM10 bilion, dengan nilai nominal keseluruhan RM460 juta menerusi dua tranche.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia sedang melakukan penyesuaian terhadap ketidaktentuan dan gangguan dalam perdagangan, dengan 88 peratus daripadanya mengakui langkah yang dilaksanakan itu adalah berkesan, menurut Tinjauan Global Trade Pulse 2026 oleh HSBC Malaysia.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir pada 30 September 2026, iaitu meningkat 30 peratus berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh yang sama pada 2025.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang mewujudkan koridor ekonomi baharu di Wang Kelian, sebaliknya akan memperkukuh kerangka Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) yang kini dalam proses pemuktamadan, menurut Kementerian Ekonomi.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Projek kediaman KEB Bhd iaitu Residensi Cove di Melaka dan Residensi Palma Elit di Kajang, Selangor dijangka siap tahun depan, kira-kira setahun lebih awal daripada jadual asal, kata Pengarah Eksekutifnya Vinson Lim.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan Program Sukuk Kelima MRL bernilai RM19.05 bilion bagi menyokong pembiayaan pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT) untuk meneroka potensi usaha sama dalam pembekalan tenaga boleh baharu (RE) dan air kitar semula kepada bakal pengambil alih dalam taman perniagaan bersepadu yang dibangunkan di bawah jenama EcoWorld.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Malaysia semakin dilihat sebagai destinasi pelaburan utama untuk sektor bernilai tinggi, disokong oleh pengembangan dalam ekonomi digital dan keupayaan teknologinya selain usaha berterusan bagi mengukuhkan daya saingnya.
15jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- MediAsas bakal merombak sistem pembiayaan penjagaan kesihatan swasta dengan menangani faktor struktur yang mendorong peningkatan kos perubatan menerusi penambahbaikan reka bentuk insurans serta reformasi penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Aznan Abdul Aziz.
15jam ago
KLUANG, 16 Nov (Bernama) -- Kegagalan dalam temuduga kerja sebanyak tiga kali tidak mematahkan semangat graduan sains tanaman, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk terus memilih bidang pertanian sebagai punca pendapatannya.
16jam ago
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan dalam memperkukuh sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka, telus, inklusif dan berasaskan peraturan, dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai terasnya.