8jam ago
Daripada Norhayati Mohd Akhir
LINYI (Shandong) 30 Okt (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia kini akan mempunyai akses yang lebih cekap kepada rantaian bekalan di China susulan langkah Linyi Trade City Group memperkenalkan Inisiatif Perolehan Pasaran + Rakan Kongsi Global, yang menyepadukan perkhidmatan logistik, kastam dan kewangan di bawah satu platform.
8jam ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pendapatan syarikat teknologi yang mengecewakan.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi untuk hari dagangan ke-10 berturut-turut berbanding dolar AS pada Jumaat, mencerminkan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan pada permulaan dagangan.
20jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan niaga hadapan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian (DCE).
21jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, My EG Sdn Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM353.13 juta pada Rabu.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- SD Guthrie Bhd akan menjual tanah seluas 657.09 hektar di Bukit Kerayong, Selangor kepada Pembangunan Perindustrian Bukit Kerayong (BKID) pada harga RM933.57 juta dan bekerjasama dengan Bumi Assets Sdn Bhd serta YTL Power International Bhd untuk membangunkan tapak itu menjadi taman perindustrian.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Zetrix AI mengakui bahawa pencetus kepada pembubaran telah berlaku di bawah Program Sukuk Wakalah syarikat itu berikutan pelanggaran kovenan yang menghendaki Wong Thean Soon kekal sebagai pemegang saham terbesar syarikat.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SKA Capital Bhd terlebih langgan sebanyak 80.42 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 11 Nov 2026.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- JF Technology Bhd (JF Tech) mencadangkan terbitan bonus sehingga 388.01 juta waran percuma pada nisbah dua waran bagi setiap lima saham sedia ada yang dipegang oleh pemegang saham yang layak.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat jualan langsung produk kesihatan dan kesejahteraan DXN Holdings Bhd, mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM91.28 juta pada suku kedua berakhir 31 Ogos, 2026 daripada RM70.25 juta pada tahun sebelumnya.
23jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) meneroka kerjasama dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk memperluas usaha meningkatkan literasi kewangan masyarakat, khususnya dalam menggalakkan rakyat Malaysia menabung dan menyimpan.