10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sejumlah RM514.855 bilion atau 39 peratus daripada keseluruhan RM1,320.776 bilion hutang Persekutuan akan matang dalam tempoh satu hingga lima tahun berdasarkan kedudukan pada 31 Dis, 2025, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- BMI telah meningkatkan unjurannya untuk niaga hadapan minyak mentah Brent kepada US$93 setong berbanding US$83 setong untuk purata tahunan 2026 dan kepada US$81 setong daripada US$71 setong pada 2027.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- NexG Bhd (NexG) kembali menggunakan nama asalnya, Datasonic Group Bhd selepas pemegang sahamnya meluluskan cadangan nama itu pada mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini, iaitu pada 30 September.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sistem e-Jamin, sebuah perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), telah beroperasi selama lima tahun sejak 2020 tanpa kontrak rasmi dengan Kerajaan Persekutuan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) melantik Hanisofian Alias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Okt, 2026, selepas beliau berkhidmat sebagai CEO interim sejak Januari tahun ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan merekodkan kadar bayaran balik tunggakan pinjaman yang rendah pada 2025, dengan hanya RM465.0 juta atau lima peratus daripada RM9.27 bilion tunggakan tahun sebelumnya berjaya diperoleh.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menerima dividen pelaburan berjumlah RM39.547 bilion pada 2025, meningkat sebanyak RM535 juta atau 1.4 peratus berbanding RM39.012 bilion pada 2024.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan kertas kerja Khazanah Nasional Bhd mengenai forum megatrend pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu mengharungi peningkatan ketegangan geopolitik dan tekanan ekonomi sebagai sebuah negara perdagangan yang mempunyai integrasi kukuh dalam rantaian bekalan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan Wall Street berikutan pertumbuhan gaji Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan, meredakan jangkaan kenaikan kadar faedah serta-merta oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.
10hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menggesa kerajaan supaya memansuhkan atau mengurangkan ses eksport, memperkenalkan insentif pelaburan yang lebih kukuh serta menambah baik dasar cukai dan tenaga kerja di bawah Belanjawan 2027.
10hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan jangkaan berlaku kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS semakin berkurangan dalam persekitaran data pekerjaan AS yang lebih lemah daripada jangkaan, sekali gus memberi tekanan kepada dolar AS.