18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan mandat adunan bahan api penerbangan lestari (SAF) sebanyak satu peratus pada penerbangan antarabangsa yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Januari 2027.
18hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih sektor perbankan dan telekomunikasi walaupun pasaran secara menyeluruh bertambah baik susulan minat belian baharu terhadap saham teknologi bermodal kecil.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd menerima surat anugerah bagi kerja-kerja tambahan (LOAV) daripada sebuah syarikat teknologi multinasional beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), bernilai kira-kira RM920.8 juta.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan bermesyuarat esok, dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi sepanjang 2027 berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan unjuran inflasi yang terkawal, menurut BMI.
18hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Orang ramai diingatkan supaya berwaspada terhadap mesej pancingan data (phishing), laman web palsu dan promosi dalam talian yang memperdaya pengguna menjelang perayaan Deepavali.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memaklumkan perancangan sistem yang bersepadu semakin penting susulan meningkatnya permintaan elektrik daripada pusat data dan industri bernilai tinggi.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa agar aspek seperti membuat keputusan tepat pada masanya, penyelarasan perancangan lebih baik serta kemampuan menyediakan infrastruktur sistem elektrik dapat dilaksanakan bagi mengelak sebarang kekangan yang boleh menjejaskan pertumbuhan negara.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh memberikan komitmennya bahawa negeri ini sedang mengambil langkah konkrit untuk terus memperkukuh sektor tenaga dengan mempelbagaikan sumber tenaga dan menggalakkan penjanaan kuasa yang lebih mampan.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd memberi amaran bahawa barisan menunggu di kaunter daftar masuk lapangan terbang, pemeriksaan keselamatan dan imigresen mungkin lebih panjang daripada biasa sepanjang tempoh cuti Deepavali yang akan datang.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) – Kerajaan akan memastikan pembangunan pusat data di negara ini tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada yang menjadi tonggak ekonomi negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal dagangan hari ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan kemuktamadan rekod sukuk jangka pendek US$1.572 bilion, meningkatkan portfolio terkumpulnya kepada paras tertinggi sepanjang masa sebanyak US$7.59 bilion.