1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.07 hingga 4.09 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dengan sentimen pasaran dipengaruhi oleh pengumuman data ekonomi AS dan implikasi terhadap prospek kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak Petronas seluruh negara dijangka stabil dan mencukupi sehingga bulan September, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah menanggung subsidi gas petroleum cecair (LPG) hampir RM1.25 bilion untuk tempoh Januari sehingga Mei 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas menjejaki kelemahan dalam harga minyak kacang soya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM93.58 juta pada suku ketiga berakhir 30 Jun 2026 (S3 TK2026) berbanding RM84.82 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disebabkan oleh perbelanjaan cukai yang lebih rendah pada suku tersebut.
1bulan ago
BATU PAHAT, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan dilancarkan secara rasmi sempena Pemukiman Pemimpin-Pemimpin pada Disember ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Prestasi positif perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia pada 2025 menunjukkan daya tahan dan ketangkasan perniagaan yang luar biasa walaupun terdapat gangguan berterusan rantaian bekalan global serta perubahan dalam dinamik perdagangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- MISC Bhd memperoleh kontrak daripada Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) iaitu pengendali Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Bintulu, Sarawak bagi sewaan jangka panjang sebuah kapal pengangkut LNG (LNGC) baharu berkapasiti 18,700 meter padu (cbm).
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh data ekonomi global yang positif, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Harga gas asli cecair (LNG) di Asia dijangka terus menurun untuk berapa bulan akan datang tahun ini jika rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai kemajuan positif, menurut Rystad Energy.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melengkapkan penerbitan sukuk biru berjumlah RM720 juta menerusi Pengurusan Air SPV Bhd di bawah Program Kertas Komersial Islam RM2 bilion sedia ada.
1bulan ago
Oleh Nur Afiradina Arshad
TANJONG MALIM, 31 Julai (Bernama) -- Kerjasama strategik antara Proton Holdings Bhd dan Geely Holding Group terus memperkukuh daya saing industri automotif negara menerusi pemindahan teknologi, pembangunan harta intelek (IP), peningkatan kandungan tempatan serta pengukuhan ekosistem vendor automotif tempatan.