1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini bakal membuka lembaran baharu dalam usaha kerajaan membangunkan sistem statistik negara yang lebih terselaras, berintegriti dan responsif.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 yang bertujuan antaranya menggantikan Akta Perangkaan 1965 (Akta 415) bagi mewujudkan satu kerangka perundangan yang lebih moden, komprehensif serta selaras dengan ekosistem data dan statistik semasa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kempen pertama ‘MASB Belanja & Menang’ berjaya mencatatkan hampir 1.9 juta transaksi di 14 lapangan terbang domestik sepanjang tempoh penganjuran pada 1 Ogos hingga 31 Disember 2025, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
1bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sisa dijana kapal di Pelabuhan Pulau Pinang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka meningkat pada 2026, disokong oleh pertumbuhan ekonomi dan prospek pekerjaan yang stabil, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.
1bulan ago
KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, disokong pembelian berterusan terhadap saham berwajaran tinggi dan saham bermodal sederhana.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan Wall Street semalaman susulan tekanan inflasi di Amerika Syarikat (AS) yang semakin reda meningkatkan sentimen pelabur ke atas aset berisiko.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyeru seluruh rakyat dan peniaga supaya tidak leka atau mengambil mudah kesan ekonomi dan rantaian bekalan susulan Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Widad Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Tengku Shaifuddin Tengku Jamaluddin sebagai pengerusi baharunya dan Nor Azlan Zainal sebagai pengarah urusan kumpulan berkuat kuasa hari ini.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Siti Asiah Ahmad dilantik sebagai Ketua Perangkawan berkuat kuasa hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Life Water Bhd, pengeluar minuman berpangkalan di Sabah, memeterai perjanjian penjualan saham (SSA) untuk membeli 90 peratus kepentingan ekuiti dalam Hung Tai Group pada harga RM46.8 juta