BERITA TERKINI   TPM Ahmad Zahid harap pindaan Akta Orang Asli 1954 dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang | Klinik kesihatan di 628 perkampungan Orang Asli di seluruh negara disasar dinaiktaraf menjelang 2035 - Ahmad Zahid | Kerajaan akan beri lebih penekanan kepada “Ekonomi Rakyat” pastikan prestasi ekonomi dirasai dan dinikmati rakyat - Fahmi | ADUN Nilai J. Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini (10 Ogos) - Loke | Inisiatif kabel dasar laut pesisir pantai dijangka sedia internet lebih pantas, mampu milik dan rancakkan ekonomi digital Sabah - Fahmi | 

Terdapat 945 berita berdasarkan kata kunci carian " as"

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan berwaspada susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang hujung minggu.

Malaysia Berdepan Tarif 10 Peratus Di Bawah Seksyen 301 Baharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia, antara negara ASEAN yang dikenakan kadar duti terendah sebanyak 10 peratus di bawah tarif baharu Seksyen 301 Amerika Syarikat (AS) susulan kegagalan melaksanakan dan menguatkuasakan secara berkesan larangan import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

Sukuk Global Malaysia Bernilai US$1.5 Bilion Catat Lebihan Langganan 4.7 Kali

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, dengan sentimen berhati-hati dijangka berterusan selepas kenaikan pasaran serantau semalam menyebabkan pasaran Asia terdedah kepada penurunan semalaman di Wall Street.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama pada Jumaat tetapi menurun berbanding dolar AS apabila pasaran beralih kepada sentimen mengelak risiko.

Pelaburan Jepun Dalam E&E Cecah RM10.5 Bilion, Bakal Wujud 9,009 Peluang Pekerjaan - MITI

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pelaburan dari Jepun yang diluluskan dalam sektor pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) bagi 2021 hingga 2025 berjumlah RM10.5 bilion meliputi 46 projek dan dijangka mewujudkan 9,009 peluang pekerjaan baharu, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Minyak Mentah, Soya

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan minyak kacang soya di tengah-tengah ketegangan di Asia Barat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan COMEX

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang agak lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Untung Bersih KIP REIT Naik Kepada RM145.30 Juta, Catat Pendapatan RM177.10 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) meningkat kepada RM145.30 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) berbanding RM115.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat mendorong jangkaan mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), sekali gus menyokong mata wang negara itu.

Pavilion REIT Catat Untung Bersih RM89.03 Juta, Hasil Sewaan Hotel Sokong Prestasi

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan prestasi kukuh bagi suku kedua tahun kewangan 2026, dengan untung bersih meningkat 13.2 peratus kepada RM89.03 juta berbanding RM78.66 juta dalam tempoh sama tahun lepas, disokong pertumbuhan hasil sewaan serta prestasi stabil aset hartanahnya.

Bursa Malaysia Melantun Semula Ditutup Tinggi, Atasi Penyusutan Tiga Hari

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Selepas susut selama tiga hari berturut-turut, Bursa Malaysia kembali melantun dengan menokok 0.18 peratus pada akhir dagangan hari ini susulan lonjakan harga minyak global yang turut menyuntik sokongan terhadap syarikat Malaysia berkaitan tenaga.