1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Peluang Lembaga Tabung Haji (TH) mendapatkan semula keseluruhan award timbang tara bernilai SAR899 juta (kira-kira RM978 juta) daripada Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd (Al-Rawda) adalah rendah, dengan usaha mendapatkan semula baki tersebut kini banyak bergantung kepada kejayaan menjejak dan menguatkuasakan aset syarikat atau penjamin peribadi, kata pakar.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malakoff Corporation Bhd susut kepada RM31.71 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM62.83 juta yang dicatatkan semasa tempoh yang sama tahun sebelum ini.
1bulan ago
BANGKOK, 17 Ogos (Bernama) -- Thailand mencatatkan pertumbuhan ekonomi pada 1.9 peratus bagi tahun ke tahun dalam suku kedua 2026 yang lebih perlahan berbanding 2.8 peratus pada suku sebelumnya, menurut laporan Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC) pada Isnin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila sentimen pelabur merosot di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat dan pertumbuhan ekonomi global, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Celestica Inc dijangka menambah lebih 2,100 lagi pekerjanya di Malaysia, seiring dengan peningkatan permintaan global terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah melantik Afiza Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 28 Ogos 2026, menggantikan Rafiz Azuan Abdullah, yang telah menerajui organisasi selama sembilan tahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong minat belian terhadap kaunter wajaran tinggi terpilih terutama dalam sektor telekomunikasi dan media, utiliti serta produk perindustrian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia turun 1.8 peratus pada Julai 2026 daripada 1.9 peratus pada Jun dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.1 mata pada Julai daripada 134.7 setahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
1bulan ago
KUALA LUMPUR,17 Ogos (Bernama) -- Harga saham Maxis Bhd meningkat 2.16 peratus pada dagangan awal hari ini selepas syarikat itu mengumumkan keuntungan bersih suku kedua 2026 yang lebih kukuh baru-baru ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Sektor pengangkutan dan logistik, telekomunikasi dan media serta tenaga merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM158.4 juta ke Bursa Malaysia pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pengurusan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu mengguna pakai sekurang-kurangnya lima lapisan kawalan selepas ini bagi memperkukuh pengurusan risiko institusi berkenaan termasuk melaksanakan penilaian wajar pelaburan, kata seorang pakar ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan dalam sesi dagangan sebelumnya.