BERITA TERKINI   Orang ramai termasuk pempengaruh diingat tidak ambil tindakan sendiri terhadap pelarian Myanmar, serah kepada pihak berkuasa - Polis | Pelantikan firma audit bebas selaras saranan Perdana Menteri, SPRM serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju 2030 - FELDA | FGV lantik firma audit bebas teliti perkara khusus libatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan - FELDA | Remaja lelaki bebas tuduhan bunuh pelajar perempuan di PJ, Mahkamah Tinggi Shah Alam perintahkan ditempatkan di Hospital Bahagia | Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 Sept - Saifuddin | 

Terdapat 1771 berita berdasarkan kata kunci carian " malaysia "

Tiang Saran Kaji Semula Duti Setem Atas Perjanjian JV Tanah

SIBU, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan disaran untuk mengkaji semula pengenaan duti setem berdasarkan nilai tanah bagi perjanjian usaha sama (JV) antara pemaju perumahan dengan pemilik tanah, memandangkan ia dibimbangi boleh meningkatkan kos pembangunan dan akhirnya menjejaskan kemampuan perumahan di Sarawak.

PIP Capai 100,000 TEU Dalam Tempoh Empat Bulan Setengah Beroperasi Penuh

PADANG BESAR, 28 Ogos (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin - Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) mencatatkan pencapaian pengendalian 100,000 Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki (TEU) dalam tempoh empat bulan setengah sejak beroperasi sepenuhnya pada April lepas.

IHPR Malaysia Naik 9.7 Peratus Pada Julai, Terus Meningkat Empat Bulan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 9.7 peratus pada Julai 2026, lebih tinggi berbanding kenaikan 9.2 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Aset Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$132.07 Bilion Setakat Akhir Julai 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.07 bilion (US$1 = RM4.02), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$368.50 juta setakat akhir Julai 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Jumaat.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Minat Belian Menjelang Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, dengan minat belian menjelang sambutan Hari Kebangsaan berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada pasaran.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat dalam sentimen berhati-hati menjelang petunjuk daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) di Simposium Jackson Hole tahunan, kata penganalisis. 

Potensi Super El Nino Boleh Jejaskan Pertumbuhan Malaysia, Indonesia, Thailand - CIMB

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Fenomena El Nino luar biasa yang dijangka berlaku penghujung tahun ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, Indonesia dan Thailand dari akhir 2026 hingga suku ketiga (S3) 2027.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Kacang Soya Melemah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas dagangan niaga hadapan minyak kacang soya di Chicago Mercantile Exchange (CME) mula melemah sehingga menjejaskan sentimen pasaran.

Eco Ardence, Missi Care Meterai MoU Tubuh Care Hub 24 Jam

SHAH ALAM, 27 Ogos (Bernama) -- Eco Ardence dan Missi Care Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan Pusat Penjagaan 24 jam (Care Hub) di vila bertingkat rendah pertama di perbandaran itu, dengan Missi Care dilantik sebagai pengendali eksklusif pusat berkenaan.

Untung Bersih Suku Kedua Sunway Naik Kepada RM318.59 Juta Susulan Operasi Kukuh

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Bhd bagi suku kedua 2026 berakhir 30 Jun lepas meningkat kepada RM318.59 juta daripada RM272.95 juta pada suku sama tahun lepas, terutama berikutan prestasi operasi yang kukuh dalam kebanyakan segmen perniagaan kecuali segmen pembinaan, perdagangan dan pembuatan.

Mulpha International Catat Untung Bersih Lebih Rendah Pada Suku Kedua Kepada RM170.80 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Mulpha International Bhd (Mulpha International) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM170.80 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 TK2026), berbanding RM270.85 juta dalam suku yang sama pada tahun kewangan sebelumnya.