BERITA TERKINI   Malaysia meluluskan pelaburan RM815 bilion sejak dua tahun lepas, berpotensi wujudkan 245,000 peluang kerja - Gabenor BNM | Kejayaan terbitan sukuk global Malaysia bernilai US$1.5 bilion minggu lepas menunjukkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonominya - Gabenor BNM | Prospek jangka sederhana Malaysia kekal menggalakkan, pertumbuhan dijangka terus kukuh dan inflasi kekal terkawal - Gabenor BNM | Pembaharuan struktur pelaburan untuk masa depan ekonomi - Gabenor BNM | Pekerjaan lebih baik, pendapatan tinggi dan taraf hidup meningkat hanya dapat dicapai apabila sesebuah ekonomi terus melabur untuk masa depannya - Gabenor BNM | 

Terdapat 807 berita berdasarkan kata kunci carian " o"

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan menjelang pengeluaran laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) pada Selasa depan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Diunjur Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu berikutan pelabur memantau perkembangan di Asia Barat serta kemungkinan impaknya terhadap pasaran global.

Pasaran Getah Cenderung Menurun Susulan Konflik Asia Barat, Gangguan Bekalan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dengan berhati-hati dan cenderung menyusut pada minggu depan berikutan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat, permintaan yang lemah serta gangguan bekalan akibat faktor cuaca.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat, Prestasi Eksport Lemah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai peningkatan paras stok dalam negara, prestasi eksport yang perlahan berbanding jangkaan serta penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan Harga Emas COMEX

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki kelemahan harga emas COMEX berikutan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Permintaan Mata Wang Selamat Reda

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan prestasi tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila permintaan terhadap dolar sebagai mata wang selamat mereda.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Kenaikan Saham Kewangan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh pemulihan saham-saham perkhidmatan kewangan yang melonjakkan sentimen pasaran secara menyeluruh dan seiring prestasi positif pasaran serantau.

Program Penyumberan Global Jana Jualan Eksport RM325.9 Juta Untuk Firma Aeroangkasa Tempatan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Program Penyumberan Global (GSP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menjana jualan eksport sebanyak RM325.95 juta untuk syarikat aeroangkasa Malaysia.

Vietjet Perkenal Vietnam Halal Connect Sokong Pelancongan Muslim

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Vietjet memperkenalkan “Vietnam Halal Connect”, inisiatif untuk memupuk kerjasama lebih erat antara syarikat penerbangan, lapangan terbang, perniagaan pelancongan, badan pensijilan halal dan rakan teknologi dalam menyokong pelancongan Muslim ke Vietnam.

Lianson Fleet Peroleh Dua Kapal Bernilai RM213.2 Juta Bagi Perkasa Armada Pengangkutan Marin

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Lianson Fleet Group Bhd (LFG) memperoleh dua kapal bernilai RM213.2 juta secara tunai sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengembangkan armada pengangkutannya melangkaui perniagaan kapal sokongan luar pesisirnya. 

Kadar Pengangguran Kekal 3.0 Peratus Pada Mei 2026 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia kekal pada 3.0 peratus pada Mei, dengan merekodkan 513,400 jumlah penganggur, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).