1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan menegaskan penjimatan yang terhasil daripada penyasaran subsidi petrol RON95 tidak disimpan semata-mata sebagai lebihan fiskal, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan jumlah volum industri (TIV) untuk industri automotif Malaysia mencecah 790,000 unit pada tahun kalendar 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Pada paras semasa 2.75 peratus, Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah kekal sesuai dan selaras dengan pertumbuhan dan trajektori inflasi Malaysia, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menekankan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, dalam merangka Belanjawan 2027.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan terus bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankan untuk memastikan sistem kewangan negara kekal stabil, terangkum dan menyebelahi rakyat.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 5 Julai (Bernama) -- Agrobank menerima permohonan pembiayaan melebihi RM8 juta menerusi siri sesi libat urus bersama penjaja dan usahawan mikro setakat ini, mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap pendekatan turun padang bank itu dalam memperluas akses kewangan kepada peniaga kecil.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan SParK 2026: Transformasi Niaga, platform utama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dengan agensi itu menyasarkan kelulusan pembiayaan sehingga RM2.25 bilion bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk memperkukuh pembangunan usahawan bumiputera.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan pembiayaan mikro bernilai lebih RM500 juta yang memanfaatkan lebih 30,000 usahawan bagi tempoh 15 Mei hingga 26 Jun 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini berikutan kenaikan harga minyak dunia yang dipacu oleh ketegangan geopolitik dan konflik Asia Barat, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan melaksanakan 23 inisiatif, projek dan program yang didaftarkan di bawah tujuh teras strategik Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) sehingga 30 Mei, 2026, bagi menggantikan import bahan ramuan halal kritikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).