Terdapat 40 berita berdasarkan kata kunci carian " dewan rakyat "

Belanjawan 2027 Mengimbangi Pertumbuhan, Disiplin Fiskal Serta Daya Tahan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 3.30 petang ini, setengah jam lebih awal dari waktu kebiasaannya iaitu pada 4 petang.

SC Perkukuh Penguatkuasaan, RM1.98 Juta Dipulang Kepada 239 Pelabur Pada 2025 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berjaya memulangkan RM1.98 juta kepada 239 pelabur sepanjang 2025 menerusi tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang pasaran modal.

Menyuntik Kejayaan Luar Biasa Formula 1 Ke Dalam Belanjawan 2027

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ketika rakyat Malaysia masih merasai bahang kehangatan kembalinya Formula 1 (F1) ke Sepang selepas sembilan tahun tidak beraksi, sewajarnya Belanjawan 2027 turut dirangka mengikut acuan yang sama yang mampu menjana limpahan serta impak lebih meluas kepada rakyat, terutamanya memandangkan Malaysia bakal menyambut ulang tahun ke-70 tahun depan.

Seramai 164,435 Pembayar Cukai PMKS Boleh Pilih Terus Laksana e-Invois - Liew

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Seramai 164,435 pembayar cukai dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah memilih untuk melaksanakan e-Invois secara sukarela walaupun kini dikecualikan daripada pelaksanaan sistem itu.

Elemen GST Diserap Ke Dalam SST Bagi Elak Cukai Berlapis - Liew

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) --  Cadangan menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bertujuan memastikan tiada kesan cukai berlapis (cascading) dalam sistem percukaian negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Kutipan Cukai Negara Meningkat Kepada RM129.6 Bilion Pada Separuh Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kutipan hasil cukai negara meningkat sembilan peratus kepada RM129.6 bilion pada separuh pertama 2026 berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Bacaan Kedua RUU Perbekalan 2027 Akan Dibentangkan Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jumaat ini, jam 3.30 petang.

Pembangunan Pulau Carey, Midport Tidak Akan Jejaskan Pelabuhan Tanjung Pelepas - Loke

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembangunan pelabuhan Pulau Carey dan Midport tidak akan menjejaskan kedudukan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) kerana setiap pelabuhan mempunyai pengkhususan dan konsep pembangunan berlainan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Kontrak Pelengkap Belum Dimuktamad Punca Risiko Kelewatan Projek LCS - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kelewatan memuktamadkan beberapa kontrak pelengkap Kapal Tempur Pesisir (LCS) mengakibatkan risiko kelewatan proses pembinaan LCS1 hingga LCS5, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

E-Jamin Beroperasi Lima Tahun Tanpa Kontrak, RM130.8 Juta Wang Jaminan Dilabur - PAC

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Sistem e-Jamin, sebuah perkhidmatan bayaran wang jaminan mahkamah di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), telah beroperasi selama lima tahun sejak 2020 tanpa kontrak rasmi dengan Kerajaan Persekutuan.

LKAN Kesan Kekosongan Perjawatan Home Based Staff Di KBM Jakarta, Beijing Belum Diisi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mendapati beberapa perjawatan di Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Jakarta, Indonesia dan Beijing, China masih belum diisi mengikut waran perjawatan diluluskan, selain kelemahan dalam pelaksanaan pemeriksaan mengejut di KBM Beijing.

Biodiesel B15 Jimat Penggunaan Diesel Petroleum Sebanyak 23.62 Juta Liter Sebulan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan adunan biodiesel B15 berjaya menjimatkan secara purata 23.62 juta liter diesel berasaskan petroleum sebulan bagi tempoh Jun hingga Ogos.