BERITA TERKINI   Dana Impak Khazanah membuktikan bahawa dana kerajaan boleh membangunkan masyarakat melangkaui pulangan kewangan -- Amir Hamzah | Dewan Rakyat lulus RUU Pembangunan Sukan (Pindaan) 2026 | 

Terdapat 748 berita berdasarkan kata kunci carian " ditutup"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh harga minyak kacang soya yang lebih rendah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT). 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar As

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama namun susut berbanding dolar AS pada Khamis berikutan unit negara maju terus menerima sokongan kukuh walaupun jangkaan untuk Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS)  menaikkan kadar faedah semakin berkurangan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Permintaan Lemah China, Kebimbangan Bekalan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan permintaan yang lemah dari China walaupun kebimbangan terhadap gangguan bekalan memberikan sokongan kepada harga, kata peniaga.

Apam Balik Jalan Mawai Terus Jadi Buruan Pelanggan Dari Segenap Daerah

KOTA TINGGI, 1 Okt (Bernama) -- Berkat mempertahankan resipi keluarga sejak 19 tahun lepas, apam balik Jalan Mawai di sini terus menjadi buruan pelanggan dari serata daerah, malah perisa asli masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana kesegaran bahan yang digunakan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun pada tengah hari dipengaruhi tekanan jualan, menjejaki prestasi bercampur-campur pasaran global apabila kenaikan berterusan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengehadkan sentimen risiko.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Hasil Bon AS Lebih Tinggi, Ketegangan Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street berikutan hasil bon Perbendaharaan AS yang lebih tinggi serta ketegangan berterusan di Asia Barat menjejaskan minat belian.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama namun rendah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan, sekali gus mengukuhkan dolar AS.

Niaga Hadapan MSM Terjejas Berikutan Lambakan Inventori Dan Permintaan Lemah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap lambakan dalam inventori domestik dan permintaan eksport yang lebih lemah.

Harga Emas Global Mengukuh, Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, dipacu prestasi pasaran emas global yang terus meningkat.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai Pendasar

KUALA LUMPUR, 30 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.