1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- CGC Digital dan Credit Bureau Malaysia (CBM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membantu lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memahami kedudukan kredit mereka, sekali gus meningkatkan akses kepada pembiayaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Credit Guarantee and Investment Facility (CGIF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh serta memperluas pembangunan pasaran modal mata wang tempatan di rantau ASEAN+3 yang merangkumi Asia Tenggara, China, Jepun dan Korea Selatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Syarikat penilaian kredit CTOS Digital Bhd mencadangkan untuk menjual 10 peratus pegangan ekuiti dalam Juris Technologies Sdn Bhd kepada Natsoft (M) Sdn Bhd pada harga RM50 juta secara tunai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jumlah pemegang akaun ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) yang aktif meningkat kepada lapan juta bagi suku pertama 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jangkaan lebih kukuh bagi eksport elektrik dan elektronik (E&E) dan permintaan semikonduktor global yang memberangsangkan mendorong Hong Leong Investment Bank (HLIB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- BMI, sebuah unit Fitch Solutions, menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan perlahan pada separuh kedua 2026, memandangkan momentum yang lebih kukuh daripada jangkaan setakat ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kitaran pertumbuhan baharu Asia Tenggara tidak lagi dipacu oleh satu ekonomi, kitaran komoditi atau koridor pembuatan, sebaliknya oleh ‘Fabulous Five’ atau kelompok lima ekonomi hebat iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina serta Vietnam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar baharu yang menawarkan kadar keuntungan bagi transaksi runcit sebanyak 14 peratus setahun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- AEON Bank (M) Bhd, iaitu bank digital Islamik pertama di Malaysia telah memperkenalkan dua fasiliti pembiayaan terbaharu iaitu Term Financing-i dan Working Capital Financing-i, yang diterajui oleh segmen Perbankan Perniagaan, AEON Bank Biz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan terus bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankan untuk memastikan sistem kewangan negara kekal stabil, terangkum dan menyebelahi rakyat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) mengekalkan penarafan kredit korporat "AA3/Stable/P1" daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings), mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kekukuhan profil kredit syarikat serta sokongan kerajaan terhadap mandat strategiknya.