BERITA TERKINI   Piala ASEAN 2026: Vietnam 2-0 Malaysia | 

Terdapat 34 berita berdasarkan kata kunci carian " prestasi kewangan"

Untung Bersih Eco-Shop Meningkat Kepada RM264.56 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Untung bersih Eco-Shop Marketing Bhd meningkat kepada RM264.56 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2026 daripada RM205.03 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2025.

ECRL Pemangkin Baharu Pertumbuhan EPIC, Hasil Dijangka Cecah RM700 Juta Menjelang 2030

KEMAMAN, 21 Julai (Bernama) -- EPIC Berhad menjangkakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) khususnya pembinaan jajaran ke Pelabuhan Kemaman di sini akan menjadi pemangkin utama pertumbuhan syarikat dengan sasaran hasil mencecah RM700 juta menjelang 2030.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Aliran Masuk Semula Dana Asing

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Pos Malaysia Laksana Pelan Transformasi Bagi Kurangkan Kerugian

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) di bawah DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) akan melaksanakan pelan transformasi bagi mengurangkan kerugiannya, antaranya dengan memberi tumpuan kepada rasionalisasi rangkaian, pengembangan saluran digital dan pengurusan berhemat. 

Syarikat Penerbangan Di Asia Pasifik Catat Untung Bersih US$12.1 Bilion Pada 2025 - AAPA

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mencatatkan keuntungan bersih gabungan sebanyak US$12.1 bilion (US$1=RM4.07) pada tahun 2025, didorong oleh permintaan penumpang dan kargo yang kukuh, manakala harga bahan api yang lebih rendah membantu mengimbangi tekanan kos yang berpunca daripada gangguan rantaian bekalan yang berterusan.

Tiada Keperluan Ubah Unjuran Belanjawan 2027 Setakat Ini - Liew

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

SRKK AI Sasar Operasi Di Indonesia Sumbang Hasil Dalam Tempoh Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penyedia penyelesaian transformasi digital SRKK AI Bhd menjangkakan pengembangannya ke Indonesia akan mula memberi sumbangan penting kepada perolehan kumpulan dalam tempoh tiga tahun susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Unit Ge-Shen Jual Lima Bidang Tanah Di Johor Pada Harga RM35.50 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ge-Shen Plastic (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Ge-Shen Corp Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Plastico Sdn Bhd bagi penjualan lima bidang tanah berstatus pegangan bebas di Tebrau, Johor, pada harga RM35.50 juta.

RNG Tech Perluas Operasi, Sasar Pasang Lebih 800 Kerusi Urut Di Malaysia, Empat Negara ASEAN

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RNG Tech Bhd menyasarkan pemasangan lebih 800 kerusi urut layan diri di seluruh Malaysia dan empat negara ASEAN pada tahun ini sebagai antara strategi pengembangannya selepas disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

EPIC Sasar Hasil RM700 Juta, NAV RM1 Bilion Menjelang 2030

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) menyasarkan hasil tahunan sebanyak RM700 juta dan nilai aset bersih (NAV) RM1 bilion menjelang 2030 di bawah Pelan Perniagaan Strategik EPIC 2025-2030 (EPIC BEST 2530).