Terdapat 648 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa "

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Kebanyakannya, Dipacu Harga Tenaga Stabil, Mandat B50

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi kebanyakannya pada Jumaat, dipacu kestabilan harga tenaga serta peningkatan niaga hadapan minyak makan yang menjadi pesaing.

Lagenda Kemuka Program Sukuk Wakalah RM1.5 Bilion Bagi Dana Pembangunan Perumahan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Lagenda Properties Bhd (Lagenda), Lagenda Capital Bhd hari ini membuat penyerahan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) bernilai RM1.5 bilion.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Pasaran Pantau Tarif Terbaharu AS

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara meluas pada Jumaat, disebabkan pelabur menilai kesan tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap import daripada 60 negara.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan berwaspada susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang hujung minggu.

Sukuk Global Malaysia Bernilai US$1.5 Bilion Catat Lebihan Langganan 4.7 Kali

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Permintaan kukuh daripada pelabur mendorong langganan lebihan sebanyak 4.7 kali bagi penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion, yang ditetapkan pada spread terendah dalam rekod, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, dengan sentimen berhati-hati dijangka berterusan selepas kenaikan pasaran serantau semalam menyebabkan pasaran Asia terdedah kepada penurunan semalaman di Wall Street.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Minyak Mentah, Soya

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan minyak kacang soya di tengah-tengah ketegangan di Asia Barat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan COMEX

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang agak lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Untung Bersih KIP REIT Naik Kepada RM145.30 Juta, Catat Pendapatan RM177.10 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) meningkat kepada RM145.30 juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) berbanding RM115.14 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pavilion REIT Catat Untung Bersih RM89.03 Juta, Hasil Sewaan Hotel Sokong Prestasi

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan prestasi kukuh bagi suku kedua tahun kewangan 2026, dengan untung bersih meningkat 13.2 peratus kepada RM89.03 juta berbanding RM78.66 juta dalam tempoh sama tahun lepas, disokong pertumbuhan hasil sewaan serta prestasi stabil aset hartanahnya.